Thursday, September 25, 2008

Teresa Kok

Mengenai Teresa dan Pemimpin-pemimpin DAP seperti dia.
Mereka ini tidak memahami ataupun sahaja tidak mahu memahami kedudukan Agama Islam di dalam perlembagaan. Tetapi saya juga hairan DAP boleh bekerjasama baik dengan parti PAS yang mahukan supaya Agama Islam bukan sahaja menjadi agama rasmi tetapi Malaysia menjadi sebuah negara Islam. Tidakkah Teresa berasa takut dengan parti PAS kerana nanti akan diwajibkan memakai purdah dan tidak boleh ke sana ke mari dengan skirt dan baju blaus lengan pendek.
Orang-orang Melayu memang penyabar kerana agama Islam itu memberi kedudukan yang tinggi pada orang-orang yang sabar. Orang-orang yang beriman adalah orang-orang yang sabar. Tetapi ini tidak bermakna orang-orang Islam sanggup agamanya diperlekeh atau dihina, perbuatan Teresa adalah perbuatan yang merbahaya.

Jika nak diungkit banyak amalan-amalan agama orang-orang Cina tidak menyenangkan orang Melayu tetapi orang Melayu bersabar juga dan kerana hendak menjaga hati orang-orang Cina beralah.

Teresa patut sedar bahawa di Singapura pun sebuah pulau Cina amalan menyembah tok moyang mereka sangat dihadkan oleh kerajaan orang Cina Singapura.

Monday, September 15, 2008

Sifat Setia Kawan Orang Cina

Orang-orang Cina di negara ini tidak tahu bersyukur. Mungkin dalam bahasa mereka perkataan syukur tidak wujud, sebab itu hari ini orang-orang Melayu melihat mereka sebagai satu bangsa yang semakin diberi semakin mendesak untuk mendapat lebih banyak lagi.

Saya telah berpeluang juga ke luar negara, ke beberapa negara di Eropah. Di France dan Great Britain sebagai contoh, orang-orang yang asalnya dari Afrika dan India yang menetap di kedua-dua negara berkenaan bukan sahaja fasih berbahasa negara yang mereka 'adopt' tapi juga mengamalkan budaya tempatan sekali. Walaupun begitu, mereka tetap menghadapi diskriminasi dalam pelbagai bidang.

Di Malaysia ini tidak berlaku. Lihat sahaja, di mana-mana sahaja, toleh kiri atau kanan, kekayaan dan kemewahan adalah milik mereka. Tapi mereka tetap mengatakan mereka ditindas.

Orang-orang Cina dan India inginkan kerakyatan dan inginkan supaya mereka diterima sebagai rakyat dengan hak yang sama dengan pribumi tanah Melayu ini. Tetapi kita lihat semakin hari semakin menebal amalan bahasa dan budaya yang mereka bawa daripada negara asal mereka.

Orang-orang Cina di Pulau Pinang contohnya hari ini mahu supaya papan tanda jalan juga di tulis dalam bahasa Cina. Perkara-perkara seperti ini bukannya kecil. Ia mencabar kewibawaan bahasa kebangsaan dan maruah orang Melayu. Tetapi orang Melayu dididik supaya bersabar. Namun bak nasihat orang tua-tua - jangan biarkan cacing naik kemata. Maksudnya orang Melayu akan bertindak kalau didapati masalah akan menjadi melampau.

Orang-orang Cina tidakkah mahu sedar bahawa di negara Filipina dan Thailand mereka bukan sahaja tidak lagi dapat menggunakan bahasa ibunda mereka tetapi nama mereka juga menggunakan nama pribumi negara berkenaan.

Memang benarlah rata-rata hari ini orang-orang Melayu menganggap orang-orang Cina mengambil kesempatan di atas kepimpinan UMNO yang lemah. Ini adalah bukti kepada orang-orang Melayu bahawa tidak ada perasaan setia kawan di kalangan orang-orang Cina terhadap bangsa Melayu.

Friday, September 12, 2008

Melayu Jangan Dangkal Fikiran

Tidak mungkin Pakatan Rakyat yang tidak pun didaftarkan boleh menggantikan parti Barisan Nasional. Orang yang percaya bahawa parti Keadilan mampu memimpin parti DAP atau parti PAS memanglah dangkal pemikirannya.

Anuar bukanlah pemimpin orang-orang Melayu. Dia adalah pemimpin sesiapa sahaja yang menyokongnya.

PAS telah menyatakan bahawa mereka tidak boleh menerima Anuar sebagai Perdana Menteri dan bahawa pemimpin mereka adalah lebih layak. Sesiapa yang percaya Anuar masih lagi seorang tokoh pemimpin Islam dangkal jugalah pemikirannya.

Hanya UMNO boleh menyatupadukan orang Melayu. Jadi janganlah terpedaya dengan helah dan tipu muslihat Anuar. Lihat sahajalah orang-orang kanannya dahulu seperti Saudara Ezam dan Dato' Nalla dan lain-lain, semuanya telah meninggalkannya. Mengapa? Kerana mereka telah mengetahui siapa sebenarnya Anuar ini, iaitu orang yang hanya mementingkan diri sendiri, egoistic, yang memperalatkan sesiapa sahaja di kiri dan kanannya untuk mencapai cita-cita peribadinya.

Wednesday, September 10, 2008

Dato' Ahmad Ismail II

Mengapa Akhbar Sin Chew tidak disiasat langsung? Ini menjadi tanda tanya yang besar kepada orang ramai. Akhbar ini memang mempunyai rekod suka membuat laporan-laporan sensasi dan mengapi-apikan perasaan perkauman dikalangan orang Cina. Apa yang disebut oleh Dato' Ahmad Ismail dalam ucapannya di Permatang Pauh adalah benar belaka. Memang asalnya ramai orang Cina datang ke semenanjung tanah Melayu untuk menyelamatkan diri dari malapetaka di negara mereka sendiri. Mengapa pula orang-orang Cina tidak mahu mengakui hakikat sejarah ini? Adakah mereka malu tentang asal usul mereka?
Saya harap pemimpin-pemimpin Melayu mestilah bijak dan berani dalam menangani apa jua isu. Jangan terlalu cepat melatah dan meloncat-loncat menari mengikut gendang yang dipalu mereka. Orang-orang Melayu bukanlah bangsa yang lemah semangat dan pemimpin-pemimpin Melayu jika tidak ingin disanggah oleh orang Melayu sendiri janganlah mudah sangat memohon maaf tanpa usul periksa. Belajarlah dari pengalaman yang sudah-sudah.

Tuesday, September 9, 2008

Of Dato' Ahmad Ismail - Bukit Bendera

So Dato' Ahmad Ismail made certain remarks during the Permatang Pauh by election. Maybe some of his words were too close to the truth. And maybe because of that it hurts. Now it would be good to remember that there has been instances before this of party members from other component parties in the BN making racial statements touching on the Malays. But UMNO has always been magnanimous.

I have personally encountered on numerous occasions chinese citizens of this country who can hardly speak the national langguage. They really are not difficult to find. It is ridiculous that after 51 years of independence they neither can speak nor understand the National Language. So I can't imagine them singing the National Anthem.

Najib and even Pak Lah has appologised for Ahmad Ismail. Maybe its best for MCA and Gerakan to take it at that. There certainly is no need for hightening tensions, at this time, among the races in this country. MCA and Gerakan seems to be metamorphosing into the DAP.

Tuesday, September 2, 2008

DASAR EKONOMI BARU (DEB) - HAKIKATNYA SEMUA BANGSA TELAH MERASAI NIKMAT PELAKSANAANNYA.

DEB adalah satu dasar yang dilancarkan oleh Kerajaan pada tahun 1970 untuk antara lain membetulkan ketidakseimbangan sosio ekonomi yang wujud di antara kaum, wilayah-wilayah dan negeri-negeri.

Matlamat utama dasar ini diperkenalkan ialah bagi mewujudkan perpaduan dengan mengurangkan jurang perbezaan ekonomi, sosio-budaya dan penempatan.

Selain itu, DEB dilaksanakan untuk menyusun semula masyarakat bagi mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut bidang ekonomi di samping membanteras kemiskinan rakyat tanpa mengambil kira perbezaan kaum.

Walau bagaimanapun, sasaran utama dalam usaha mengurangkan kemiskinan di bawah DEB lebih tertumpu pada orang-orang Melayu kerana mereka merupakan 67% daripada jumlah keseluruhan rakyat Malaysia. Isu berat sebelah yang dibangkitkan oleh kaum-kaum lain adalah kerana sikap mereka yang tidak mahu memeriksa ditambah pula dihasut oleh puak-puak yang chauvanist di kalangan mereka. Termasuklah parti politik seperti DAP.

Kaum India yang hanya berjumlah 7% dan kaum Cina yang berjumlah 25% tetap mendapat pembelaan. Malah Kerajaan turut menyalurkan bantuan yang sewajarnya kepada mereka sehingga dapat meraih keuntungan yang sangat baik seperti yang dapat kita lihat sendiri di semua bandar-bandar di negara yang bertuah ini. Tanpa dorongan, bantuan dan sokongan yang telah disalurkan oleh Kerajaan pada kaum Cina dan India sudah barang tentu majoriti mereka akan masih terus berada di ladang-ladang getah dan berniaga sebagai peruncit kecil-kecilan.

Sebenarnya hari ini kaum Cina dan India telah begitu maju. Gedung, syarikat, kilang, bidang-bidang perbankkan, perniagaan import eksport, semuanya dimiliki oleh mereka. Tetapi mereka tetap menafikan kemewahan yang mereka perolehi di bawah DEB. Seperti orang buta, mereka seolah-olah tidak nampak semua ini dan menuduh bangsa Melayu menafikan hak mereka untuk mengaut kekayaan.

Jika DEB hari ini tidak difahami oleh kaum Cina dan India dan jika mereka terus menafikan segala nikmat yang telah mereka kaut dan mengungkit-ungkit mengenai pelaksanaan dasar ini, kesalahan besar adalah terletak dibahu parti-parti kompenan utama Kerajaan Barisan Nasional iaitu MCA,Gerakan dan MIC. Ini adalah kerana terbukti mereka gagal menyampaikan penerangan mengenai dasar yang memang nyata begitu baik untuk semua rakyat Malaysia pada kaum masing-masing.