Saturday, February 23, 2013

Malaysia is a Phenomenon.



The Aussie Senator Xenopon came and very quickly was shown the gate out. Maybe there are others like him, but of a lesser pedigree, who are already here unnoticed.

Xenopon was denied entry for poking his smelly nose where it was not wanted. He has a penchant for instigating disharmony between the races in Malaysia, considered an undesirable and because he is a foreigner, could very easily be asked to leave.  

There are amongst us Malaysians a few undesirables too, who aim to cause much more trouble between the races than Xenopon ever could. Under the guise of freedom of speech, and democracy these few prance about on the platform of politics to instigate, in order to raise suspicion, ill will and hatred btw the races.  

However, with these sorts of undesirables, there is nothing much the authorities can do. They are citizens. They cannot be shown the exit gate out of the country. Together with them are certain so called NGO's who aim to further their cause, to do damage to the existing good inter racial relations in order to benefit their own myopic and selfish motives. 

Malaysia is hailed amongst the international community for the fact that though the population is so racially and ethnically diverse, with each practicing their own religion, beliefs, customs and traditions, the country has been free from racial or inter ethnic strife for generations.  

People from other nations have come here in droves to witness for themselves this miracle, to bask in its warmth. Many more have come here unaware of this miracle and are pleasantly surprised.  

Leaders of many countries have made official visits to Malaysia, to see and experience for themselves the vibes of harmony and unity and to wonder and learn of its secrets so as to emulate it back home. 

We have done ourselves proud. Now, shouldn't we all, good Malaysians unreservedly, and with our utmost ability safeguard this marvel from those who seek to harm it?     

Still there are others who consider Malaysia a conundrum for the fact that many less racially divided populations are not doing quite as well to say the least. And that by way of precedence and experience Malaysia should be torn apart by racial discord and civil strife. Some even have the gall to say that Malaysia is a powder keg waiting to explode. Let them eat their own words and forever despair. Malaysians have proven time and time again, that challenges will only unite them and unite them all the more.    

As in the Constitution, Islam is the religion of the Federation. But unlike many other Muslim countries, Malaysia is not bogged down by the stigma that they are associated with. Malaysia alone, among the many, can stand firmly on the pedestal as the exception, an island of tranquility amidst storms. This is a phenomenon that many are wondering about.  

This 13th General Election will test our resolve again. There will be immense pressure to tear and pull us apart, to stampede on our sentiments and put blinkers on our eyes. We won't let them. They will fail. Insya'ALLAH. 

My youngest child is now in Form 1 in Convent Bukit Nanas (CBN). Recently she competed in her schools Choral Speaking event and it was my pleasure to audition her at home. The script is her own with help from the internet of course. I would like to share
with you what she committed to memory titled:  One Malaysia  

In thunder and lightening 
here we come. 
Ladies and Gentlemen, 
We the children of today 
present to you,  
One Malaysia. 
Malaysia is a multiracial country. 
A country that belongs to all             
Malaysians. 
With a shared history
and a belief in a shared future. 
U N I T Y - unity, 
only a five letter word, 
yet the foundation of 
multi racial Malaysia, 
a cultural melting pot. 
Udah makai nuan?  
Wa jiak pah liaw? 
A unique heritage of different          
races. 
Selamat Hari Raya. 
Gong Xi Fa Cai. 
Gayu Curu Gerai Nyamai. 
Diwali Vartikah. 
A blend unlike any in the world. 
We even have baju kurung, 
Cheongsam, Sari and many more. 
There are many Malaysians who have        
made us proud. 
Datuk' Jimmy Choo, the cheapest
pair cost at least RM3000. 
Datuk Bernard Chandran, the   
Fashion designer extrodinaire, 
Datuk Siti Norhaliza, the talented songbird, Datuk Michelle Yeoh the   Bond Girl. 
Malaysians love their food. 
The menu for breakfast lunch and            
dinner will be as varied as it's people. 
Popiah, char kuey tiaw, roti canai,   nasi lemak and teh
tarik. 
Next we have the beautiful places from the deep blue seas to tall
mountains. 
Malaysia is truly Asia.   

My daughter lost to a Form 2 competitor. 
But what does it matter. As a parent I say kudos to CBN and such like schools. We are parents must strive all we can to ensure our young ones a future much better than ours, insya’ALLAH.


Tuesday, February 12, 2013

Lim Guan Eng dan Kalimah ALLAH


Saya sudah memperkatakan mengenai Lim Guan Eng dan kalimah ALLAH sebelum ini. Tetapi selain daripada itu, orang Islam diperintah ALLAH S.W.T untuk menunaikan solat 5 waktu dalam sehari, setiap hari, sehingga akhir hayatnya.

Pada permulaan solat, iaitu selepas seruan Azan atau Iqamat, sembahyang dimulakan dengan ucapan Takbiratul Ihram dan bacaan doa Iftitah. Saya petik sebahagian daripadanya yang bermaksud;

Sesungguhnya sembahyang ku, ibadat ku, hidup ku dan mati ku adalah untuk ALLAH Tuhan yang memelihara sekalian alam.

Tiada yang menyekutui bagiNya dan dengan itulah aku diperintah ALLAH dan adalah aku aku dari golongan orang-orang Islam.

Jadi dengan maksud itu, yang dilafazkan dan diperakui oleh setiap orang Islam pada waktu subuh, selepas waktu tgh hari, pada waktu petang, senja dan apabila malam tiba, permintaan Lim Guan Eng adalah permintaan yang tidak akan diizinkan oleh orang Islam. 

Permintaan Lim Guan Eng supaya orang Islam membenarkan kalimah ALLAH di gunakan dalam Bible adalah sama seperti meminta kebenaran daripada orang Islam untuk menyekutui ALLAH. Mnyekutui ALLAH adalah perbuatan syirik, dosa yang tidak diampunkan ALLAH. Orang Islam tidak akan membenarkannya.

Tidak ada sesiapa apa-apa yang dijadikan, makhluk yang hidup atau sudah mati atau apa-apapun, yang menyerupaiNYA. Kalimah ALLAH itu sendiri adalah singular tidak boleh dijadikan plural. Mana boleh disebut ALLAHs. Tidak pernah disebut begitu. Sangat janggal bunyinya dan tidak pernah dilakukan manusia. Namun seperti diketahui umum, lain halnya dengan God atau Lord kerana bagi perkataan-perkataan itu ada pluralnya iaitu Gods dan Lords. Father jadi Fathers, Son jadi Sons, ghost jadi ghost dan spirit jadi spirits. Begitulah halnya dengan yang selain daripada ALLAH.

Kita janganlah keliru atau dikelirukan oleh Anwar Ibrahim dan sekutu sekutunya lagi. Anwar Ibrahim akan setuju dengan apa sahaja untuk meraih undi dan mendapat simpati pihak-pihak tertentu. Dia setuju dengan plurisme agama dan juga menyokong LGBT. Di dalam Al-Quran ALLAH ada berfirman mengenai umat-umat yang menerima azab dan dibinasakan. Umat Nabi Lut  atau the Prophet Lot dalam Bahasa Inggerisnya dan Sodom and Gomorrah telah dibinasakan ALLAH. Al-Quran itu adalah peringatan dan pengajaran kepada umat manusia yang berakal dan beriman.

Kita tidak boleh ikut cara barat seperti England, France dan selainya yang membenarkan segalanya atas dasar kebebasan dan hak asasi manusia. Tamadun
Barat semakin tidak berpedoman. Agama Christian mereka sudah dianggap
kuno dan tidak sesuai untuk dianuti mereka. Perbuatan dan perkara yang dilarang dalam Bible sekarang dibolehkan. Bible sudah tidak lagi dijadikan panduan.  Akidah Umat Islam akan rosak binasa jika menuruti perlakuan mereka. Hindarkanlah diri kita daripada kemurkaan ALLAH, daripada perbuatan mungkar yang akan membawa bala bencana kepada kita semua.  

Orang-orang Islam yang setuju dengan permintaan Lim Guan Eng dan DAP dan Anwar Ibrahim dan PKR supaya kalimah ALLAH dibenarkan dalam Bible melakukan syirik dan boleh jatuh murtad. 

Kita mesti sentiasa berwaspada terhadap anasir-anasir jahat seperti Lim Guan Eng dan DAP yang memang gemar memainkan isu-isu perkauman dan agama untuk mengapi-apikan rakyat supaya curiga mencurigai. Isu-isu seperti ini jika tidak dibendung oleh pihak yang berwajib boleh membawa padah buruk kepada keharmonian masyarakat majmuk negara ini.

Perbuatan Lim Guan Eng dalam isu kalimah ALLAH ini bolehlah diibaratkan sebagai usaha subsersif yang bertujuan untuk menimbulkan keadaan tidak tenteram dalam negara.

Orang Islam, janganlah kerana tamak kepada dunia, kuasa dan jawatan, sanggup memusnahkan akidah dan menjual agama. Biarlah waras dalam berpolitik. 

Kepada PAS, cukup cukuplah.


Thursday, February 7, 2013

Analisis Y.B Datuk Sri Dr. Ahmad Hamidi, Menteri Pertahanan dalam Utasan Malaysia pada hari semalam menyingkap dan sekaligus mendedahkan segala aspek kekeliruan PAS sebagai sebuah parti politik yang mendakwa berwadahkan Islam. Saya muat naikkan analisis tersebut dalam blog saya kerana nada/bahasa yang digunakan bagi merungkai segala perbuatan songsang pemimpin PAS sangat sederhana.

Fatwa Politik Bohongi Pengikut

Parti-parti politik semakin rancak menjalankan operasi untuk mempengaruhi pengundi dengan pelbagai pendekatan. 

Asas utama untuk mendapat sokongan undi datangnya daripada penyokong tegar parti masing-masing sebagai simpanan tetap.

Penyokong tegar terdiri daripada pengikut yang taksub. Mereka akan mematuhi dengan penuh komitmen sebarang arahan dan pendapat daripada para pemimpin, biarpun pandangan peribadi kerana pemimpin telah menanam ketaksuban kepada pengikut.

Pengikut taksub akan akur pada setiap pandangan pemimpin mereka secara membuta-tuli, walaupun pandangan itu jauh tersasar daripada fatwa ulamak muktabar berlandaskan hukum agama, sebaliknya cenderung kepada hanya sebagai fatwa politik.

Pengikut yang taksub seperti ini amat sukar untuk digoyah kerana keyakinan yang amat mendalam kepada pemimpin, apatah lagi jika pemimpin itu dianggap pemimpin spiritual.

Dalam teori kepimpinan dan teori kepengikutan, terdapat dua elemen penting yang menjadi asas kepada kedua-dua teori ini, iaitu pemimpin dan pengikut.

Dalam bahasa mudah, pemimpin merupakan individu dan kumpulan yang memimpin. Pengikut pula merupakan individu atau kumpulan yang menjadi pengikut. Tiada pemimpin yang tiada pengikut, sebaliknya pengikut tanpa pemimpin boleh wujud secara bersendirian tanpa pemimpin.

Tidak seorang pun akan mendapat gelaran pemimpin jika tidak terdapat pengikut. Pemimpin dipilih, dilantik atau mengangkat dirinya sendiri untuk menjadi pemimpin.


Pemimpin akan mendapat pengiktirafan pengikut, sama ada secara terhormat atau secara terpaksa. Malah terdapat dalam kalangan pemimpin yang memaksa secara halus bagi mewujudkan pengikut tegar dengan mentaksubkan mereka untuk menerima apa juga pegangan pemimpin, biarpun menyalahi perundangan negara.

Sesebuah organisasi, apatah lagi organisasi politik akan mempengaruhi ahli-ahli yang menjadi pengikut untuk meyakini perjuangan politik yang dibawa dengan matlamat untuk mencapai cita-cita politik organisasi atau individu.

Pemimpin organisasi politik akan menanamkan keyakinan kepada pengikut yang menjadi ahli organisasinya dengan mewujudkan ketaatsetiannya yang tidak berbelah bahagi. Ia dilakukan melalui interaksi interpersonal dengan menjalin keakraban, kursus perkaderan dan latihan simulasi.

Segala-galanya digarap bagi menanam ketaksuban dan pada waktu yang sama menanam kebencian kepada musuh politik dan membenihkan ketaatan kepada pemimpin sendiri.

Ketaksuban yang melampau diindoktrinasikan agar pengikut mudah untuk diyakinkan bahawa sebarang tindakan yang mereka lakukan merupakan suatu jihad dan mendapat balasan syurga, biarpun sebenarnya tidak lebih daripada gimik politik.

Kerap kali juga terdapat unsur pemaksaan secara halus agar ketaatan dan ketaksuban dalam kalangan pengikut supaya mereka mudah mengikut arahan.

Unsur paksaan termasuk isteri boleh tercerai jika pengikut lari untuk meninggalkan jemaah perjuangan, tambahan pula jika lari mengikuti parti lain.

Mengugut dengan bai'ah (perjanjian) jika tidak mematuhi kepimpinan menjadi kelaziman dengan menggunakan ayat al-Quran untuk menghalalkan tindakan mereka.
Sedangkan hukuman yang terdapat dalam ayat al-Quran hanya menyentuh dalam kalangan mereka yang meninggalkan medan peperangan ketika zaman Rasulullah dalam memerangi golongan kafirun.

Jika terdapat di antara pengikut, biarpun mereka itu pernah menganggotai barisan saf kepimpinan utama, dihukum dengan mengambil tindakan menggugurkan jawatan kerana hanya mengikuti pemimpin parti lain untuk mendekatkan diri dengan kumpulan ulama di Makkah al Mukarramah atau mengikuti rombongan ke Gaza, Palestin atas asas menterjemahkan keprihatinan keperimanusiaan.

Menggantung keahlian menjadi tindakan lazim yang selanjutnya. Ia bertujuan agar pengikut akan meninggalkan parti tanpa perlu dipecat. Tindakan ini akan dipandang bahawa parti tidak zalim, tetapi sebaliknya pengikut itu yang menzalimi diri sendiri.

Tindakan selanjutnya adalah dengan memecat keahlian atau keanggotaan parti. Hukuman ke atas pengikut dilaksanakan sebagai langkah memurnikan keputusan jawatankuasa disiplin yang kononnya bagi memberikan hukuman terakhir dengan tujuan untuk mengajar ahli-ahli lain supaya tidak berbeza pendapat dengan pemimpin.

Pemimpin yang berstatus "maksum" dan dipercayai oleh pengikutnya tidak pernah melakukan kesalahan (can do no wrong) akan disanjung, seolah-olah sama taraf dengan Nabi yang bersifat sempurna.

Pemimpin akan menggunakan ketaksuban yang tertanam dengan kukuh dalam kalangan pengikutnya untuk mengiyakan sebarang lontaran pendapat seolah-olah sebagai fatwa, biarpun ia hanya merupakan pendapat peribadi.


Atas sifat ketaksuban, pendapat peribadi sering dirujuk sebagai fatwa mutlak, biarpun ia hanya sekadar fatwa politik. Malang sekali pengikut yang taksub tidak layak untuk mempertikaikan fatwa politik yang dikeluarkan, biarpun terkeluar daripada akidah Islam sebenar.

Lazimnya, sama ada di bawah sedar atau disengajakan, pemimpin maksum akan memberikan pendapat peribadi berdasarkan tafsiran sendiri terhadap makna sesuatu perkataan atau ayat yang hanya berlandaskan logik akalnya, tanpa terdapat relevansinya dengan ilmu mantik.

Ketika pemimpin menghadapi pengamal media sama ada media konvensional atau media sosial, kerap kali akan menghamburkan pandangannya dengan penuh emosi dan nada menyindir.

Pemimpin berkenaan akan memetik ayat- ayat Al-Quran tertentu sebagai sandaran untuk menyokong pendapat peribadinya. Ini dilakukan agar pendapat peribadinya kelihatan lebih berkredibiliti.

Pemimpin yang dianggap maksum akan menjatuhkan hukum dengan hukuman munafik atau murtad, jika pendapatnya disanggah atau bertentangan dengan tafsirannya.

Melalui badan syura, pemimpin akan mempengaruhi pengikut lain, apatah lagi di kalangan yang taksub untuk turut menghukum individu yang menyanggah dan berbeza pendapat.

Pemimpin akan menggunakan pengaruh dan kuasa dengan sepenuhnya. Melalui kedudukannya dalam parti, pemimpin utama akan menggunakan platform kuasanya atau portfolio berpaksikan hujah untuk menjatuhkan hukuman.


Kerap kali kerana terasa tercabar kredibilitinya sebagai pemimpin maksum, pemimpin akan terus menggunakan kedudukannya melalui portfolio yang diketuainya untuk mengesahkan hukumannya dengan menggunakan rakan-rakan seportfolio dengannya supaya menyetujui tindakannya.

Jika pemimpin itu menyedari pendapatnya tidak diterima atau bercanggah dengan hukum Islam sebenar, pemimpin itu akan menyalahkan pihak lain terutamanya media perdana, jika pendapat dan fatwa politiknya bersalahan dengan kehendak akar umbi atau majlis syura.

Malang sekali, biarpun bersalah dalam fatwa politiknya, pemimpin-pemimpin berkenaan tidak menarik balik kenyataan, jauh sekali daripada meminta maaf jika fatwa politiknya terpaksa ditukar.

Pemimpin politik yang mengetuai organisasi politik yang bukan berasaskan agama akan dituduh munafik dan berfikiran jahiliah serta taghut jika menyanggah kenyataan pemimpin parti yang berasaskan Islam.

Biarpun pemimpin yang bertopengkan ulama terus membohongi pengikut, tetapi mereka terus dianggap memperolehi hidayah baharu untuk menjustifikasikan pendirian baharunya kerana fatwa politik terdahulu bertentangan dengan hukum sebenar.

Fatwa politik digunakan untuk membohongi pengikut. Pembohongan yang dilakukan semata-mata bagi mencapai matlamat politik, membohongi pengikut dengan menggunakan agama untuk mencapai matlamat politik.

Sepatutnya platform politik digunakan untuk memperkuatkan agama bukan sebaliknya. Jelas, Islam melarang sama sekali penggunaan agama untuk memperkukuhkan kedudukan politik.


Kesedaran baharu yang timbul dalam kalangan ramai pengikut menyebabkan pemimpin resah dengan mengambil langkah- langkah menyerang musuh politik sebagai kafir.

Sedangkan tindakan mereka bersekongkol dengan pemimpin parti lain yang terang- terang tidak menyetujui keputusan majlis syura terus menjadi teman sejati.

Tunggulah ketikanya, apabila pengikut yang terus dibohongi akan menghukum pemimpin mereka melalui peti undi.

DATUK SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI ialah Naib Presiden UMNO dan Menteri Pertahanan

Saturday, February 2, 2013

PAKATAN is All Charade and Bluster.


PAKATAN is campaigning for the voters to give them a try at forming the next government. They plead and coax for the people to give them this one chance with the condition that if they do not deliver on their promises, the rakyat could always throw them out after 5 yrs.  

Five years however, is a rather long time in terms of governing a country. During that period irreparable damage could be done. Currently, PAKATAN is the government in several states. Their performance after almost 5 yrs though, is dismally poor, to say the least. In Selangor especially, PAKATAN's manifesto are all now just so much bunkum. The Menteri Besar seems to be at a loss in many instances. He is up to his nostrils with issues he can't solve. He is even now facing legal action on several counts due to unfulfilled promises and for misleading the people. Given this bad record, it certainly would be foolhardy and an unnecessary risk to let PAKATAN win the elections in Selangor again. 

Another ruse popular with PAKATAN is that they say the BN has been there for too long and that a change would do the country good. But what sort of change are they offering? They have nothing to show for themselves. Unabashedly, however, they continue to make pledges and promises to bait voters, all of which upon scrutiny is farcical.  

Give PAKATAN the country and they will make it go bust in no time. It will be like the Malay proverb, seperti tikus membaiki labu or more aptly seperti kera mendapat bunga. It will surely be destroyed.   

Anwar and his ilk realises that PAKATAN is losing voter confidence everyday for minus all the bluster it has not much else to show. Also, they are so diversely opposed to each other that everyday the cracks between them are growing wider.  

PAS is an intolerant and orthodox party that does not condone freedom of expression or dissent, even within it's ranks. DAP is a chauvinist Chinese party. What is common between them is their desire for Chinese and Malay votes. If not for that they are as opposed to each other as can be, whilst PKR is for pluralism and LGBT which is alien to a vast majority of Malaysians but Anwar hoists it under the guise of human rights.

PAKATAN leaders would try to make a show of accommodating each other, but the charade is so blatantly obvious that nobody is fooled anymore except for the blinkered hardcore.  

PAS supporters at the grassroots, now more than ever, are voicing their dissent. They have lost face because their leaders are fawning and submissive in the presence of DAP leaders. They also feel betrayed because Islam has been pawned for Chinese votes.  The political parties within PAKATAN’s tolerance for each other are only held together by their desire to. 

The BN on the other hand has helmed this country well through the years ever since independence. During bad times and during crisis the BN has proven itself courageous and wise.  It's track record cannot be gainsaid and the country is today a symbol of prosperity and progress. There are countries that look to Malaysia for guidance and many also wish to emulate the country's success.  

BN does not promise the people Utopia. No temporal government can promise that. There have been/are shortcomings. There is no denying that. But every effort is made to remedy them and make things right and better. 

Since Najib became PM, he has transformed the government by introducing new ways of thinking and doing things. Serving the people well is his first priority. He has made brave political and social changes to fulfill the peoples aspirations.  

On the economic front, he has initiated a slew of innovative initiatives that has enabled the country to enjoy strong growth despite the very unfavorable conditions globally.  

The BN today is not the Alliance Party it once was. It has evolved to meet the peoples expectations and changing demands albeit without sacrificing it's founding principles. As a political entity it is dynamic and thus has kept itself in tune with the changing political environment, the wishes of the people and the challenges facing the world. It learns, unlearns and relearns and this has kept and made BN relevant despite the times.   

I have no prejudice towards Kit Siang, Karpal, Hj. Hadi, or Nik Aziz, leaders of PAKATAN. But each one and all of them do not strike confidence in me. They all have been there for far longer than they ought to be. Now they are feeble in mind and body, not unlike the political parties they lead, which also have become archaic in mode, thought and action.       

PAKATAN opposes the BN for the sake of opposing. It's not about policies or principles at all. For how else could Lim Kit Siang blame UMNO, BN Ministers and leaders for the tragedy that befell the unfortunate child William Yau Zhen Zhong. Just what was going on in his mind at the time when he uttered those words? If there is fault anywhere, then it must surely lie with the parents. For Kit Siang to blame UMNO firstly is just so irrational. But this is the sort of opposition the country has. The sort that disparages the country anywhere and anytime. Yet they deem themselves fit to run the country and is asking the rakyat to trust them.  

Come the 13th General Elections voters must evaluate and think rationally. Emotions must not be allowed to hold sway. Sentiments must be discarded.  

Let’s not take unnecessary risks when what is at stake is the very future of our beloved country. So I say, lets vote for unity and harmony, progress and prosperity, which only the BN can deliver. 

DAP & Tunku Zain


In the papers a few days back, Tunku Zain Al Abidin, son of Tuanku Muhriz the Yang Di Pertuan Besar of Negeri Sembilan confessed that he was approached by the DAP. This only after Tunku Aziz, formerly a top official of the DAP, exposed the matter earlier. 

Now, it is interesting to discover why the DAP is paying special attention to Tunku Zain. There must be certain traits peculiar only to Tunku Zain that has endeared him and made him that desirable to the DAP. Surely among the many must be that the DAP deem him malleable to their schemes. For if Tunku Aziz himself, a man of wide experience and a veteran, could be summarily dismissed for voicing dissent, Tunku Zain who is still wet behind the ears, wouldn't be too difficult to deal with and make compliant.  

Besides, Tunku Zain has been on record disparaging UMNO by calling it a parasite. This too certainly would be among the important considerations before the DAP decided to send YB Loke as an emissary to offer the MB's post to him should he stand as a DAP candidate in the coming elections. However, all is still well for Tunku Zain because he had the good sense to turn down the offer.

I may be wrong but it will also not be too much if Tunku Zain could also have the good sense to discard his holier than thou attitude with regard to UMNO.  

For the DAP Tunku Zain would be a good catch, and that is all there is to it. They have no respect at all for the royalty. Finally it is good that the DAP offer of the MB’s post has not gone to his head, hopefully.