Thursday, April 4, 2013

Pembubaran Parlimen dan mandat rakyat.


Hari ini tarikh yang telah lama juga dinanti nantikan, yang menjadi teka teki buat
sekian daripada kita, iaitu pembubaran Parlimen dan ia sudah pun diumumkan.
   
Pada jam 11.30 pagi tadi Perdana Menteri telah mengistiharkannya melalui siaran langsung di TV. Tentu ramai yang berasa lega sekarang kerana sudah tidak sabar lagi untuk melaksanakan kewajipan dan hak sebagai rakyat untuk mengundi.  

Hari ini adalah tarikh yang baik. Sebenarnya, bagi BN tidak ada tarikh yang tidak baik. Saya berkata demikian kerana BN telah berjaya melaksanakan tanggungjawabnya kepada rakyat.  

Dalam melaksanakan amanahnya kita dapat lihat usaha bersungguh-sungguh BN yang tidak mengenal penat lelah, bertungkus lumus untuk mendekati dan memahami gerak nadi rakyat. BN telah berusaha sedaya yang mungkin bagi memenuhi kehendak rakyat dari segala aspek keperluan kehidupan.  

Sesiapa pun tidak boleh menafikan bahawa rakyat Malaysia hari ini, berada dalam keadaan yang lebih selesa, lebih aman, lebih makmur, lebih maju dan lebih selamat berbanding dengan masa dahulu.  

Parti yang mendokong dan memelihara Perlembagaan Negara. Yang menegakkan Prinsip-prinsip Rukun Negara, yang menyemai semangat muhibbah diantara kaum, yang menyeru kepada persefahaman dan penerimaan perbezaan diantara kaum, yang menyeru kepada kesederhanaan, yang menolak extremisme dan cauvanisme kaum mahupun agama, yang pemimpinnya sedia sahaja untuk meminta maaf diatas kesilapan-kesilapan lampau, yang menepati janji, yang tidak memperdayakan rakyat dengan manifesto-menifesto yang palsu, adalah BN.  

Parti-parti pembangkang berkempen supaya BN digantikan sebab kata mereka BN sudah lama memerintah. Semata mata di atas sebab itu mereka kata sudah tiba masanya mereka pula diberi peluang untuk membentuk kerajaan.  

Alasan ini sama sekali tidak munasabah dan tidak boleh diterima. Tidak ada sebab mengapa rakyat harus menolak kebaikan semata mata bagi memenuhi selera orang tertentu yang mengidam untuk menjadi PM.

BN sentiasa membawa kebaikan kepada rakyat dan negara. Jadi mengapa pula ia harus ditukarkan atau diganti dengan sebuah pakatan politik yang tidak tentu di mana pangkal atau hujungnya. Tidak tahu menghargai kebaikan bukanlah sifat yang elok atau murni kerana itu tanda orang yang tidak bersyukur.      
Sebenarnya apakah rekod yang boleh dipamerkan oleh parti-parti pembangkang dinegeri-negeri yang mereka perintah? Adakah bertambah makmur dan rakyat merasa nasib mereka terbela?

Selama tempoh ini, sebagai kerajaan, apakah inisiatif yang telah diperkenalkan untuk memajukan negeri, untuk membantu meningaktkan taraf hidup atau ekonomi rakyat?

Yang nyata Kelantan semakin hari semakin mundur dan daif, rakyatnya semaki ramai yang dizalami.  

Di Pulau Pinang dan Selangor, ceritanya sama sahaja, semakin hari rakyat semakin tertindas dan meminta minta supaya dibela dan dilepaskan dari belenggu kemiskinan dan penindasan, dari janji yang tidak ditepati hinggalah kepada keperluan asas seperti air yang tidak dapat disediakan.    

Jadi saya katakan disini, cukup cukuplah itu Nik Aziz, janganlah lagi menggadai agama Islam untuk politik atau kepentingan diri sendiri. Segala apa yang dulunya anda tuduh UMNO melakukan, kini PAS pula ghairah melakukannya. Masih tidak nampakkah petunjuk dari ALLAH SWT? Diri pun sudah uzur, cukup-cukup-cukuplah membenci dan menaruh dendam tak bertempat terhadap UMNO. Ingatlah UMNO tidak pernah menuduh PAS kafir atau Taghut atau Maha Firaun seperti yang pernah dilemparkan oleh PAS kepada pemimpin UMNO tidak berapa lama dahulu. PAS sudah lazim menggelar orang lain dengan nama-nama yang keji. Sekarang semuanya sudah terbalik. Tindak tanduk PAS  semakin hari ternampak semakin keji dan menyeleweng.  

Pemimpin-pemimpin PAS pernah mengistiharkan mengundi UMNO adalah haram. ALLAH Maha Kuasa, hari ini alim ulama di Kelantan sendiri yang mengatakan haram mengundi PAS. Kerana apa? Kerana PAS berkerjasama dengan sebuah parti politik yang terang-terangan menentang Islam.

PAS perlu insaf bahawa agama Islam bukan milik PAS. Ahli-ahli PAS perlu tahu membezakan antara PAS, sebuah parti politik yang mengejar kuasa, dan agama Islam, agama suci yang diredhai ALLAH untuk umat manusia seluruhnya, dan bahawa agama Islam bukan semata-mata untuk ahli-ahli PAS atau hak PAS. Syurga dan keampunan ALLAH pula bukan perkara yang boleh ditentukan oleh Nik Aziz.        

Mengenai Anwar pula, tidak ada apa yang boleh saya katakan lagi. Semua kawan rapatnya, yang selama berpuluh-puluh tahun mengikutnya sudah pun meninggalkannya. Mereka semua mengaku telah terpedaya. Mereka semua sekarang menjauhkan diri daripada Anwar atas keinsafan diri sendiri. Yang pasti Malaysia akan menerima aib yang bukan kepalang jika orang seperti Anwar dipilih sebagai pemimpin kerana beliau sifar dari segi moral dan integriti.    

Lim Kit Siang dan Karpal Singh pula, seperti Nik Aziz patut bersara sahaja. Kedua-dua mereka ini sudah terlalu lama dipuncak kepimpinan DAP. Jadi cukup-cukuplah. Rakyat juga semakin jemu melihat karenah mereka berdua. DAP bersekongkol dengan PAS, musuh utama dari segi ideologi. Pakatan-pakatan yang diadakan semata mata untuk mengaburi mata rakyat dan bertujuan untuk memperdayakan rakyat tidak boleh diterima lagi.  

Perjuangan DAP juga, yang semata mata untuk kaum Cina, sudah tidak sesuai lagi dengan keadaan zaman dan negara hari ini. Jadi saya katakan, cukup-cukuplah DAP.  

Semoga BN mendapat mandat yang besar daripada rakyat demi kelansungan kemajuan, keselamatan dan kejayaan Malaysia tercinta.
https://mail.google.com/mail/images/cleardot.gif