Hari
ini tarikh yang telah lama juga dinanti nantikan, yang
menjadi teka teki buat
sekian daripada kita, iaitu pembubaran Parlimen dan ia sudah pun diumumkan.
sekian daripada kita, iaitu pembubaran Parlimen dan ia sudah pun diumumkan.
Pada
jam 11.30 pagi tadi Perdana Menteri telah mengistiharkannya melalui siaran
langsung di TV. Tentu ramai yang berasa lega sekarang kerana sudah tidak sabar lagi untuk melaksanakan
kewajipan dan hak sebagai rakyat untuk
mengundi.
Hari
ini adalah tarikh yang baik. Sebenarnya, bagi BN tidak ada tarikh yang
tidak baik. Saya berkata demikian kerana BN
telah berjaya melaksanakan tanggungjawabnya kepada rakyat.
Dalam melaksanakan
amanahnya kita dapat lihat usaha bersungguh-sungguh BN yang tidak mengenal penat lelah, bertungkus lumus untuk mendekati
dan memahami gerak nadi rakyat. BN telah
berusaha sedaya yang mungkin bagi memenuhi kehendak
rakyat dari segala aspek keperluan kehidupan.
Sesiapa
pun tidak boleh menafikan bahawa rakyat Malaysia hari ini,
berada dalam keadaan yang lebih selesa,
lebih aman, lebih makmur, lebih maju dan lebih selamat berbanding dengan masa dahulu.
Parti
yang mendokong dan memelihara Perlembagaan Negara. Yang menegakkan Prinsip-prinsip
Rukun Negara, yang menyemai semangat
muhibbah diantara kaum, yang menyeru kepada persefahaman dan penerimaan perbezaan diantara kaum, yang menyeru kepada
kesederhanaan, yang menolak extremisme
dan cauvanisme kaum mahupun agama, yang pemimpinnya sedia sahaja untuk meminta maaf diatas
kesilapan-kesilapan lampau, yang menepati janji,
yang tidak memperdayakan rakyat dengan manifesto-menifesto yang palsu, adalah BN.
Parti-parti
pembangkang berkempen supaya BN digantikan sebab kata mereka BN
sudah lama memerintah. Semata mata di atas sebab itu mereka kata sudah tiba masanya mereka pula diberi peluang
untuk membentuk kerajaan.
Alasan
ini sama sekali tidak munasabah dan tidak boleh diterima. Tidak ada sebab
mengapa rakyat harus menolak kebaikan semata mata bagi memenuhi selera orang tertentu yang mengidam untuk menjadi PM.
BN
sentiasa membawa kebaikan kepada rakyat dan negara. Jadi mengapa pula ia harus
ditukarkan atau diganti dengan sebuah pakatan politik yang tidak tentu di mana pangkal atau hujungnya. Tidak tahu menghargai
kebaikan bukanlah sifat yang elok atau
murni kerana itu tanda orang yang tidak bersyukur.
Sebenarnya
apakah rekod yang boleh dipamerkan oleh parti-parti pembangkang
dinegeri-negeri yang mereka perintah? Adakah bertambah makmur dan rakyat merasa nasib mereka terbela?
Selama
tempoh ini, sebagai kerajaan, apakah inisiatif yang telah diperkenalkan
untuk memajukan negeri, untuk membantu
meningaktkan taraf hidup atau ekonomi rakyat?
Yang
nyata Kelantan semakin hari semakin mundur dan daif, rakyatnya semaki ramai yang
dizalami.
Di
Pulau Pinang dan Selangor, ceritanya sama sahaja, semakin hari rakyat
semakin tertindas dan meminta minta supaya
dibela dan dilepaskan dari belenggu kemiskinan dan penindasan, dari janji yang tidak ditepati hinggalah kepada
keperluan asas seperti air yang tidak dapat
disediakan.
Jadi saya
katakan disini, cukup cukuplah itu Nik Aziz, janganlah lagi menggadai
agama Islam untuk politik atau kepentingan
diri sendiri. Segala apa yang dulunya anda tuduh UMNO melakukan, kini PAS pula ghairah melakukannya. Masih
tidak nampakkah petunjuk dari ALLAH SWT?
Diri pun sudah uzur, cukup-cukup-cukuplah membenci dan menaruh dendam tak bertempat terhadap UMNO. Ingatlah UMNO
tidak pernah menuduh PAS kafir atau
Taghut atau Maha Firaun seperti yang pernah dilemparkan oleh PAS kepada pemimpin UMNO tidak berapa lama dahulu. PAS
sudah lazim menggelar orang lain dengan
nama-nama yang keji. Sekarang semuanya sudah
terbalik. Tindak tanduk PAS semakin hari ternampak semakin keji dan menyeleweng.
Pemimpin-pemimpin
PAS pernah mengistiharkan mengundi UMNO adalah haram. ALLAH Maha Kuasa,
hari ini alim ulama di Kelantan sendiri yang
mengatakan haram mengundi PAS. Kerana apa? Kerana PAS berkerjasama dengan sebuah parti politik yang
terang-terangan menentang Islam.
PAS
perlu insaf bahawa agama Islam bukan milik PAS. Ahli-ahli PAS perlu tahu
membezakan antara PAS, sebuah parti politik yang mengejar kuasa, dan agama Islam, agama suci yang diredhai ALLAH untuk
umat manusia seluruhnya, dan bahawa agama
Islam bukan semata-mata untuk ahli-ahli PAS atau hak PAS. Syurga dan keampunan ALLAH pula bukan perkara yang boleh
ditentukan oleh Nik Aziz.
Mengenai
Anwar pula, tidak ada apa yang boleh saya katakan lagi. Semua kawan rapatnya, yang
selama berpuluh-puluh tahun mengikutnya
sudah pun meninggalkannya. Mereka semua mengaku telah terpedaya. Mereka semua sekarang menjauhkan diri daripada Anwar
atas keinsafan diri sendiri. Yang pasti Malaysia
akan menerima aib yang bukan kepalang
jika orang seperti Anwar dipilih sebagai pemimpin kerana beliau sifar dari segi moral dan integriti.
Lim
Kit Siang dan Karpal Singh pula, seperti Nik Aziz patut bersara sahaja.
Kedua-dua mereka ini sudah terlalu lama dipuncak
kepimpinan DAP. Jadi cukup-cukuplah. Rakyat juga semakin jemu melihat karenah mereka berdua. DAP bersekongkol dengan
PAS, musuh utama dari segi ideologi.
Pakatan-pakatan yang diadakan semata mata untuk mengaburi mata rakyat dan bertujuan untuk memperdayakan rakyat
tidak boleh diterima lagi.
Perjuangan
DAP juga, yang semata mata untuk kaum Cina, sudah tidak sesuai lagi dengan
keadaan zaman dan negara hari ini. Jadi saya
katakan, cukup-cukuplah DAP.
Semoga
BN mendapat mandat yang besar daripada rakyat demi kelansungan kemajuan, keselamatan
dan kejayaan Malaysia tercinta.