Friday, April 17, 2009

TOLAK-ANSUR

Tolak-ansur adalah satu sifat yang sinonim dengan bangsa Melayu. Dari dahulu lagi sifat tolak-ansur ini berkait rapat dengan hidup masyarakat orang Melayu sehingga boleh dikatakan ia sudah menjadi sebahagian budaya orang Melayu.

Memang orang Melayu suka bertolak-ansur. Dan sebenarnya ia adalah satu sifat yang sangat mulia kerana ia menunjukkan bangsa Melayu penyabar dan sanggup beralah demi menjaga hubungan baik dan mengekalkan perpaduan supaya wujud keharmonian di antara kaum.

Tidak pernah berlaku dimana-mana negara, demi untuk mencapai kemerdekaan sanggup berkorban seperti pengorbanan yang dilakukan pemimpin orang-orang Melayu iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Sehinggakan pada satu ketika pernah terjadi jumlah penduduk yang terdiri daripada kaum pendatang lebih ramai daripada bangsa asal di tanah tumpah darahnya sendiri. Begitu besarlah tolak-ansur orang Melayu pada ketika itu.

Dalam bertutur kata pun, orang-orang Melayu beralah hingga sanggup bercakap dalam telo orang cina atau orang koling semata-mata bagi memudahkan kaum pendatang memahami apa yang diperkatakan. Perkara seperti ini tidak berlaku dimana-mana negara di dunia. Sebenarnya begitu banyak contoh-contoh mengenai sabar dan tolak ansurnya orang Melayu yang boleh saya berikan, memadailah setakat itu sahaja. Dan sesiapa pun yang mahu ambil peduli boleh saja membuka mata dan memasang telinga dan semuanya akan dapat terlihat dan didengar dengan jelas.

Tetapi tolak-ansur dan pengorbanan orang Melayu dari dahulu hingga kini adakah dihargai? Rata-rata orang melayu hari ini merasakan segala tolak-ansur yang dibuat tidak langsung dipedulikan oleh kaum-kaum pendatang.

Hari ini kita boleh lihat, NGO-NGO yang bersifat chauvinist seperti Dong Xiao Jong mendapat sokongan orang-orang Cina. Parti DAP pula begitu racist, juga mendapat sokongan orang-orang Cina. Parti MCA yang bersama-sama UMNO yang memperjuangkan kemerdekaan negara dan kemudiannya membela nasib orang cina dan berusaha bagi mewujudkan perpaduan, hari ini semakin diketepikan. Sebab itulah pada pilihanraya-pilihanraya kecil yang diadakan di beberapa tempat baru-baru ini, pengundi-pengundi Cina tidak memberi undi kepada Barisan Nasional. Parti MCA dan Gerakan semakin tidak relevan.

UMNO Parti Orang Melayu, tulang belakang Barisan Nasional masih lagi terus bertolak-ansur memberi kepada Parti MCA dan Gerakan jumlah kerusi kabinet, yang tidak terjejas sedikitpun. Parti-parti Cina dalam Barisan Nasional tidak layak atau tidak merit jumlah jawatan Menteri dan Timbalan Menteri yang diberikan oleh Perdana Menteri. Mereka tidak berterima kasih walau sedikitpun. Jadi dimanakah meritokrasi yang mereka laung-laungkan disana-sini.

Baru-baru ini saya banyak mendengar khabar bahawa Parti DAP semasa berkempen di Bukit Gantang, Perak memainkan sentimen perkauman dengan mengatakan bahawa orang-orang Cina perlu mengekalkan kerajaan Cina memerintah negeri Perak. Lim Kit Siang pernah menggunakan kata-kata bahawa mengundi calon MCA atau Gerakan adalah serupa seperti mengundi UMNO. Memang DAP sebuah parti yang racist dan chauvinist tetapi majoriti orang Cina tetap memberi undi pada parti seperti ini.

Dikalangan bangsa melayu telah timbul perasaan dimana pula tolak-ansur orang Cina sedangkan segala kemewahan dinegara ini telah menjadi milik mereka namun mereka masih tetap mengatakan orang-orang melayu tidak adil pada mereka dan melakukan kezaliman keatas orang Cina. Nada yang serupa juga didengar daripada orang-orang Koling Hindraf.

Betul kata Tun Dr. Mahathir Mohamad, orang Melayu kalau bercakap bagi membela nasib orang Melayu, orang melayu akan dituduh racist. Tetapi orang Cina dan Hindraf bila menuntut yang melampau-lampau dan bukan-bukan tidak pula dilabelkan apa-apa.

Apa sudahnya nanti, jika orang-orang Melayu terus-terus diasak………

7 comments:

Anonymous said...

orang melayu memang terkenal dengan tolak ansur. semakin ditolak ke tepi dan beransur ansur terpinggir.
TPM kita yang baru menyalahkan akhbar cina kerana twist kenyataan dia. Ini mengecewakan saya. TPM sepatutnya lebih berani defend kenyataan sendiri. Buat/cakap macam Tun Dr Mahathir. Tak pernah undur. Tak mengaku kalah. Tak pernah takut buat kenyataan. Cina kata dia Ultra Malay. Akhirnya dia disayangi oleh orang cina. malahan undi cina banyak menolong BN ketika era reformasi dulu. Che Det Masih disegani kawan dan lawan. Kalau nak M'sia kuat teruskan idea Tun... tapi bukan Tun yg lagi satu tu.

suriakarim said...

Jd... pilihlah kerajaan sedia ada utk mnjamin keharmonian dan mngekalkan hak2 sbenar org melayu... sedia mklum, jgn bharap dan pcaya pd kaum lain...

Anonymous said...

SESUNGGUHNYA fakta sejarah tidak dapat menafikan kewujudan kaum Melayu dan kegemilangan tamadun serta budayanya di kepulauan Nusantara terutama di Semenanjung Tanah Melayu.

Justeru kata-kata yang seakan-akan menidakkan asal-usul orang Melayu di Kepulauan Nusantara sememangnya telah mengguris perasaan kaum itu.

Sepatutnya kaum pendatang lain cuba mengingati Kontrak Sosial yang telah termaktub sejak dulu untuk dijadikan panduan.

Jangan hanya memikirkan kesenangan sendiri hinggakan maruah negara sendiri tergadai pada tangan asing.

Jadi, masih belum terlambat untuk kita cuba mempertahankan hak tersebut dan perjuangan ini perlu diteruskan kerana melayu akan hilan dunianya jika tiada yang mempertahankannya.

balakkota said...

Sudah terlalu banyak tolak ansur bagi membentuk sebuah negara merdeka dan makmur bernama Malaysia ini.

Tolak ansur juga perlu dalam sesebuah organisasi..apa akan jadi jika ada yang demi kepentingan diri sendiri sanggup menjadi hipokrit,hasad dengki dan batu api utk menjatuhkan orang lain.

Orang sebeginilah yang boleh menghuru-harakan sesebuah organisasi hatta negara ini.

Anonymous said...

How can u simly insults ppl just because ure some party supporter , u said dap racist, malays bertolak ansur , did u meant by indian ,chinese,and others all are racist? Isnt it racist ?

jane said...

I agree with u, dont just because u hate someone and u say something bad and not real about them.

Anonymous said...

najib mana free laptop