Tuesday, November 10, 2009

Dari Bagan Pinang ke Bukit Jalil

Dah agak lama saya tidak buat posting dalam blog saya. Dari sehari ke sehari disebabkan ada sahaja perkara ini dan perkara itu, ke sini dan ke situ, sibuk dengan macam-macam, saya tinggalkan sahaja blog saya dahulu.

Banyak peristiwa telah berlaku dalam masa itu, dari pilihan raya kecil di Bagan Pinang hinggalah kalahnya Kelantan dibelasah oleh Negeri Sembilan di Bukit Jalil. Siapa sangka Negeri Sembilan boleh menang. Sebelum itu pun kita dengar dalam rancangan-rancangan ‘phone-in’ di radio-radio tidak ada sesiapa pun yang mengatakan Negeri 9 akan menang. Penyokong-penyokong pasukan Kelantan terlampau yakin. Pasukan bola mereka juga pun mungkin terlampau yakin. Akibat terlampau yakin telah membawa padah. Negeri 9 telah menang 3 berbalas 1. Padan muka orang-orang Kelantan. Ini mungkin satu pengajaran yang baik bagi mereka. Tetapi malangnya jurukamera yang dibaling batu hingga berjahit di kepala dan kerusi-kerusi yang dibakar dan sampah-sarap yang ditinggalkan oleh penyokong-penyokong pasukan Kelantan. Syabas kepada pasukan bola Negeri 9 dan semua penyokong dari Negeri 9. Mereka talah menunjukkan ketertiban dan disiplin yang tinggi. Memanglah patut mereka menjulang Piala Malaysia. Sekali lagi padan muka pasukan dan penyokong Kelantan. Mereka telah mempamirkan permainan dan sikap yang memualkan.

Tetapi akibat dari kekalahan, seluruh negara dapat melihat gelagat penyokong-penyokong dari Kelantan. Sangat memalukan. Jika inilah sikap pemuda-pemuda Kelantan, malanglah masa depan negeri itu. Saya berasa sangat hairan, negeri yang dipimpin oleh Mursyidul Am PAS seorang yang mengakui dirinya tokoh agama dan telah memimpin negeri Kelantan untuk berbelas-belas tahun tidak membawa apa-apa perubahan dari segi sikap masyarakat negeri itu mahupun pembangunan. Ini memalukan bukan sahaja orang Kelantan tetapi juga orang seluruhnya di negara ini disebabkan nama Islam diperdagangkan untuk segala perkara yang dilakukan oleh kerajaan PAS di Kelantan.

Mentaliti umum masyarakat Kelantan boleh kita lihat dan jangka pada setiap kekalahan pasukan bola mereka. Yang jelas ialah mereka tidak dapat mengawal perasaan, mudah hilang pertimbangan, tidak rasional, dan tidak boleh menerima kenyataan. Apakah sebabnya setelah kita merdeka sebegini lama, masyarakat Kelantan masih pada takuk masyarakat yang mundur. Adakah mungkin kerana mereka kerap sahaja disogok oleh pemimpin-pemimpin PAS dengan perbuatan, tindakan dan ceramah-ceramah kehulu-kehilir pada setiap malam oleh pemimpin PAS yang hasilnya mengakibatkan minda yang negatif.

Saya tidak mahu cerita disini sikap taksub penyokong-penyokong parti PAS di PRK Bagan Pinang. Memang mencemarkan kesucian Islam dan memalukan penganut agama yang suci ini. Mereka memaki, mencaci, kemudian bertakbir, bertasbih kemudiannya memaki semula, mencaci semula kemudian berselawat pula. Tidak kira yang tua mahupun yang muda. Tidak kira lelaki mahupun perempuan. Sangat buruk sikap mereka. Menakutkan-nakutkan pengundi, menjerit-menjerit kemudian berdoa pula, dan bertakbir. Sungguh sesat dan menyesatkan. Pada saya mereka tidak langsung menunjukkan peribadi mulia Islam yang sepatutnya ada pada seorang Muslim.

Tetapi kita jangan lupa, ini mungkin disebabkan oleh Nik Aziz sendiri. Penyokong-penyokong PAS tidak dapat membezakan antara parti mereka yang merupakan rekaan manusia dengan Islam, agama dari Allah. Nik Aziz pernah menyatakan,”Haram menentang kerajaan PAS.” Kenyataan ini dibuat oleh Nik Aziz di Gua Musang pada 23 April 1994. Hari ini kita lihat sahaja akibatnya. Ada pepatah ornag putih yang mengatakan ‘You reap what you sow.’ Ataupun maksudnya, kita akan perolehi hasil daripada apa yang kita semai, baik atau buruknya.

3 comments:

Anonymous said...

Mereka yang memilih Kelantan untuk menang sebenarnya bukan pakar dalam bolasepak ataupun statistik. Kalau yang membuat andaian itu peminat biasa, ok jugak. tapi malangnya yang pilih Kelantan itu adalah jurulatih peringkat Liga Super, itu adalah satu kebodohan. NS menang 9 kali berturut turut. Dari pertahanan ke penyerang merupakan pemain Malaysia atau bekas pemain Malaysia. Peraturan FAM menyatakan 2 pemain bawah 20 sentiasa berada di padang. Kelantan cuma ada 2. Seorang tu banyak membuat kesilapan. Tapi Sathia tak bolek keluarkan pemain ini.NS serang melalui dia. 3 gol adalah kesilapan pemain ini. NS cerdik. Sebaab tu kami menang.

Penyokong Kelantan memang macam tu. Peringkat sekolah pun gaduh, cari gaduh. Bakar stadium memang dah dijangkan. Kalau tak terbakar stadium, bukan Kelantan

TAHNIAH NEGERI SEMBILAN

Anonymous said...

orghe kelate memey gitu boh...
peranga huduh ce nate berghuk..
memey cam batak

vesewe said...

The name Melayu is an Indian word to denote hills or mountain range. There is a place in south India called Melayur.

Indigenous people who marry Muslim Indians from Melayur identified themselves as Melayur.

Over time, as the malay kingdom spead through insular SEA, the word Melayur became simply as Melayu.

If one were to do genetic test on the modern malay in Peninsula Malaysia, they would invariably carry genetics from Indian to explain the darker complexion and kinky hair of most malays as opposed to the Mongolid look of some malays of original Malayo Polynesian, Dusun or Dayak stocks.

The real natives or indigenous people of the Peninsula Malaysia can be found in the northern parts of Peninusla Malaysia apart from the aborigines.






The malay race is an inferior race due to inbreeding amongst themselves. They are moronic and to make matter worse - choose Islam as their religion.

As everyone knows, Islam is a stone-aged religion. No matter how long you spoon-feed them they will never change. They are worse than PIG.