Friday, May 24, 2013

Rasis?
Siapa Kepala?



Saya memikirkan, orang Melayu, bila bercakap mempertahankan hak bangsanya akan cepat sahaja dituduh rasis dan tuduhan sebegini memang sudah kerap berlaku. Sehinggakan hari ini, ramai anak-anak muda Melayu, yang lemah jati diri mereka berasa malu dengan bangsanya dan malu dengan dirinya sendiri juga. Mereka ini termasuklah CEO Air Asia X dan yang sepertinya.
Tetapi orang Cina bila bersikap rasis tidak mengapa pula. Sesiapa sahaja tokoh Cina bila berlagak rasis akan dianggap sebagai wira, dipertahan, disokong dan menjadi kebangaan kaum mereka. Oleh itu, mereka jadi tidak segan untuk terus bersikap rasis. Malahan bertambah-tambah berani mencabar. Sikap rasis mereka menjadi semakin menebal. 

Dikalangan kaum Cina orang mereka yang rasis dianggap pemimpin yang berani dan bijak. 
  
Mungkin ini adalah kerana tokoh rasis utama negara, Kit Siang masih tidak didakwa. 
  
Kit Siang bila berucap menghasut kaumnya menggunakan nada yang keras serta lantang, menggunakan Bahasa Cina yang bukan sahaja tidak difahami oleh orang Melayu tetapi oleh lain-lain kaum juga. Ucapan-ucapannya yang rasis dan menghasut itu kemudian disokong dengan rencana-rencana pengarang dan dilaporkan secara besar-besaran oleh akhbar-akhbar Cina. Selepas itu ia diedar seluas-luasnya, termasuklah ke Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Cina. 
  
Kaum lain tidak membaca akhbar-akhbar ini, jadi mereka terus tidak sedar dan tidak tahu.   
  
Kesan daripada hasutan rasis, yang terus menerus, setelah sebegini lama, dapat dilihat sekarang melalui tindakan/perlakuan anak-anak muda Cina disini, di Taiwan dan Singapura dan di London juga.
  
Kalaulah ucapan Kit Siang itu diterjemah seluruhnya dlm Bahasa Melayu dan disiarkan sepenuhnya dlm akhbar/media Bahasa Melayu contohnya, barulah masyarakat umum akan dapat menilai, mengetahui dan sedar betapa rasisnya Kit Siang dan juga Guan Eng. 
  
Buat masa ini walaubagaimana rasis sekalipun Kit Siang, masyarakat bukan Cina tidak nampak dan kerana itu rata-rata tidak percaya. Disebabkan ini juga Kit Siang terus berasa terlepas dan selamat untuk menghasut kaumnya. 
  
Tetapi sebaliknya akan berlaku kepada pemimpin Melayu jika berbuat demikian. Bukan itu sahaja, dia akan dikecam oleh bangsanya sendiri. Termasuklah oleh orang seperti CEO Air Asia X dan rakan-rakannya.                            

Mungkin dengan cara menterjemahkan ucapan-ucapan Kit Siang supaya boleh dibaca oleh masyarakat bukan Cina juga, barulah Melayu seperti CEO Air Asia X dan orang Melayu seperti dia akan sedar diri dan tahu apa itu sebenarnya rasis dan siapa kepalanya.

No comments: