Tuesday, October 21, 2008

Ucapan mantan Presiden MCA yang . . . .


Jadi berakhirlah sudah Perhimpuan Agong parti MCA. Pada pendapat seorang dua kawan saya swan song mantan Presiden MCA adalah yang paling bernas yang pernah diucapkannya.

Tetapi sebenarnya pada pandangan lebih ramai lagi kawan-kawan saya ucapan mantan Presiden MCA itu lebih banyak menimbulkan tanda tanya dan mungkin juga salah faham dikalangan ahli-ahli komponen Barisan Nasional terutamanya UMNO dan orang-orang Melayu.

Yang lebih mengecewakan adalah beliau mengatakan bahawa UMNO pada persepsi ramai dikalangan ahli MCA dan orang Cina bersikap membuli parti komponen yang lain. Sebenarnya ini adalah gendang yang dipalu oleh parti DAP dan MCA terperangkap sama menari mengikut rentak huru hara parti DAP yang sememangnya bersikap perkauman.

Pada pilihanraya umum yang lepas, parti-parti komponen utama Barisan Nasional di Semenanjung MCA, MIC lebih-lebih lagi Gerakan telah tewas teruk dengan kehilangan begitu banyak kerusi yang dipertandingkan, baik pada peringkat Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri. Tetapi pada ucapan saudara Ong Tee Kiat kekalahan mereka semua adalah disebabkan UMNO tidak melayani mereka dengan adil. Dan untuk mengatasi masalah ini mereka mendesak pula supaya satu jawatan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional diwujudkan untuk MCA. Apakah desakan seperti ini munasabah? Tidakkah MCA terfikir pengorbanan yang begitu banyak, kalau hendak dihuraikan satu persatu, yang dibuat oleh UMNO demi menjaga perasaan setia kawan dengan MCA.

Ong Tee Kiat juga telah membangkitkan isu mengenai keselamatan dan jenayah yang semakin meningkat dan meminta kerajaan bertindak mengatasinya. Tetapi beliau tidak pula mahu menyeru supaya orang-orang Cina sama-sama turut bertanggungjawab dalam menangani masalah ini. Beliau sepatutnya menyeru kaum bangsanya supaya turut menyertai pasukan keselamatan, menjaga keamanan dan ketenteraman awam dan tidak hanya mahu terlibat dalam bidang-bidang mencari keuntungan sahaja.

Mengenai harga barangan yang tidak turun berikutan penurunan harga minyak. Beliau juga meminta supaya pihak kerajaan menangani masalah ini. Saya berasa hairan, mengapa beliau sendiri tidak mahu menyeru kaum bangsanya supaya sama-sama bertanggungjawab dan memainkan peranan dalam hal ini. Sebenarnya itulah yang patut beliau lakukan kerana bukankah pembekal, pemborong, pengedar, peruncit barangan keperluan adalah terdiri dari kalangan orang-orang Cina?

Mengenai SJKC pula. Kita sudah lebih 51 tahun merdeka – cukuplah!





No comments: