Wednesday, October 15, 2008

Pencerobohan Tanah Milik Kerajaan

Pembangunan struktur haram menjadi isu di negeri-negeri pantai barat terutamanya di negeri Selangor Darul Ehsan dan Negeri Sembilan Darul Khusus. Isu ini jika tidak ditangani dengan segera mengikut lunas undang-undang mungkin boleh menjadi barah dan mencetuskan pertelingkahan di antara kaum yang berlainan agama.
Tidakkah ada undang-undang mengenai pencerobohan tanah milik kerajaan. Dan mengapa undang-undang ini tidak digunapakai dengan sewajarnya bagi menangani masalah ini.
Di negara ini nampaknya sesiapa sahaja boleh membangunkan apa-apa jenis/bentuk/struktur di mana-mana tanah lapang yang bukan milik mereka. Selepas beberapa tahun kemudian mereka akan mula pula menuntut bahawa bidang tanah itu adalah milik mereka. Dan jika tindakan diambil oleh pihak yang berkuasa untuk menuntut kembali tanah yang diduduki secara haram itu orang-orang ini akan menyalahkan kerajaan sebagai tidak adil dan menuntut pula supaya dibela dan ramailah NGO-NGO dan ahli-ahli politik nyamuk yang akan mengambil kesempatan kononnya memperjuangkan nasib rakyat yang ditindas.
Mengapakah ini terus berlaku dan mengapakah sesiapa sahaja boleh dengan sewenang-wenangnya menceroboh tanah milik kerajaan?
Undang-undang pencerobohan adalah berat tetapi mengapa tidak digunapakai. Nampaknya seperti lazim bukannya kerana kekurangan akta atau undang-undang tetapi yang menjadi masalah ialah perlaksanaannya.
Sangatlah tidak munasabah mereka yang menceroboh harta milik orang lain kemudiannya dengan berani menuntut supaya mereka diberi ganti rugi dalam bentuk kewangan dan juga sebidang tanah yang lain sebagai ganti supaya mereka boleh membangunkan semula struktur yang dibina dengan haram yang telah dirobohkan.
Sepatutnya sesiapa sahaja yang menceroboh hak milik orang lain tidak dimaafkan dan dikenakan tindakan yang keras. Hanya ini sahaja cara yang sesuai untuk menangani masalah ini. Bukannya negara Malaysia tidak mempunyai undang-undang.

No comments: