Monday, July 6, 2009

Celuparnya DAP

Lagi sekali juara DAP Johor bermulut celupar kerana lagi sekali menuduh Kerajaan Barisan Nasional mengamalkan ‘apartheid’. Memang tuduhan ini tidak bertempat. Tidak masuk akal dan berniat jahat. Tuduhan ini sebenarnya ditujukan kepada UMNO dan orang-orang Melayu dan bersifat perkauman.

Mustahil wakil DAP berkenaan tidak faham apa itu sistem ‘apartheid’. Saya tidak percaya pengetahuan wakil DAP ini begitu dangkal.

Tetapi mengapa beliau berani terus menuduh, dan sekarang dibuat secara terbuka pula bahawa Kerajaan Barisan Nasional mengamalkan ‘apartheid’. Pada saya mudah sahaja, kerana tidak ada sebarang tindakan diambil keatasnya dan juga kerana dia merasa kebal disebabkan kaum Cina semakin ramai yang menyokong kenyataanya.

Selepas pilihanraya yang ke-12, semakin jelas belang parti DAP. Kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpinya bukan sahaja mempertikaikan hak orang-orang Melayu, yang tidak pun seberapa, tetapi sudah berani mencabar kedaulatan Raja-Raja Melayu dan agama dan institusi Raja itu sendiri. Namun kebiadaban mereka terlepas begitu sahaja.

Saya berkata demikian kerana walaupun laporan demi laporan dibuat kepada pihak yang berkuasa tidak ada satu pun tindakan yang diambil bagi mengajar mereka. Maka oleh karana setiap perbuatan mereka yang berniat jahat dilepaskan begitu sahaja, parti yang ‘racist’ semakin bertambah sombong, angkuh dan berasa kebal.

Malang sekali Menteri yang bertanggungjawab terkenal sebagai seorang yang lebih mudah menangis dan lebih suka meminta-minta maaf tidak pada tempatnya. Pada Menteri ini saya hendak beri peringatan. Dalam menyelesaikan masalah ada pepatah adat yang patut diteladani yang berbunyi;

Ibarat memalu ular dalam benih.

Benih tidak rosak,

tanah tidak lembang,

kayu pemalu tidak patah,

namun ular mati jua.

Berlembut itu baik, hati yang lembut itu mulia, tetapi jangan sampai kepala dihinjak-hinjak pula.

No comments: