Kerana Malaysia
adalah sebuah negara yang terlalu mengamalkan demokrasi, maka Suaram,
pertubuhan yang tidak didaftarkan telah dengan begitu mudah dan bertahun-tahun
bergerak serta bertindak secara bebas tanpa apa-apa halangan atau sekatan.
Akhir-akhir ini kita dimaklumkan bahawa pihak polis memantau
pertubuhan ini. Tetapi ini mungkin hanya “lip-service” sahaja. Lagipun dalam
kes Suaram, setakat memantau sudah tentu sangat tidak memadai. Sepatutnya
penyiasatan yang terperinci dari semua aspek perlu dilakukan bagi memastikan
Suaram tidak menjadi alat kuasa-kuasa asing yang boleh mengancam keselamatan
dan kestabilan negara.
Usaha Suaram selama ini adalah untuk membangkitkan perasaan benci
rakyat terhadap kerajaan dan kepimpinannya. Itu sahaja objektif atau tujuannya.
Benci akan membuat orang tidak rasional dan jika terlalu membuak-buak akan
bertindak dengan ganas terhadap objek yang menjadi kebenciannya.
Kini, akhbar-akhbar utama telah mendedahkan kegiatan Suaram membiaiai
NGO-NGO pro-pembangkang dan tidak terkecuali BERSIH bagi menganjurkan
demonstrasi-demonstrasi jalanan dengan harapan akan tercetus huru-hara di dalam
negara. Pemimpin utama PKR mahu sahaja mengaitkan demonstrasi-demonstrasi haram
yang dianjurkan mereka sebagai “Arab Spring”. Bukankan ini jelas menunjukkan
ada usaha yang terancang untuk subvert kerajaan sedia ada yang dipilih oleh
rakyat melalui peti undi. Perkataan subvert dalam Bahasa Inggeris bermaksud -
to overthrow or ruin completely, e.g. a person’s morals, loyalty, arguments, a
government. Dalam hal ini tindak tanduk Suaram selama ini bolehlah dikaitkan
dengan semua maksud subvert di atas.
Alhamdullillah negara bertuah kita ini masih dilindungi ALLAH S.W.T
dan niat jahat musuh-musuh selalu sahaja terbongkar.
Kita seharusnya sentiasa berwaspada kerana mustahil Malaysia, yang
diakui oleh negara-negara Islam di seluruh dunia sebagai sebuah negara Islam
yang boleh di teladani, tidak dicemburui oleh musuh-musuh Islam, terutamanya
Yahudi Zionis. Sudah pasti mereka tidak mahu melihat Malaysia terus maju, aman dan
makmur lebih-lebih lagi berupaya pula menjadi sebuah kuasa ekonomi di rantau
ini.
ALLAH S.W.T maha mengetahui, mereka merancang ALLAH juga merancang
tetapi perancangan ALLAH tiada siapa yang mengetahui, yang pastinya ALLAH akan
bersama pihak yang benar.
Sesama orang Islam saya sukalah mengingatkan diri saya dan pembaca
akan kata-kata adat ini;
Adat berkerabat ingat mengingat
Adat berkeluarga jaga manjaga
Adat mengingat jangan mengumpat
Adat menjaga jangan melaga
Adat seperahu satu haluan
Adat sesampan satu kemudi
Adat sehaulan satu tujuan
Adat sekemudi bersatu hati
Sebanarnyalah tidak ada yang lebih besar hikmahnya kepada kita orang
Melayu dari berpegang kepada tali ALLAH tali silaturrahim dan bersatu-padu.