Sunday, September 23, 2012

Suaram dan subversion?


Kerana Malaysia adalah sebuah negara yang terlalu mengamalkan demokrasi, maka Suaram, pertubuhan yang tidak didaftarkan telah dengan begitu mudah dan bertahun-tahun bergerak serta bertindak secara bebas tanpa apa-apa halangan atau sekatan.

Akhir-akhir ini kita dimaklumkan bahawa pihak polis memantau pertubuhan ini. Tetapi ini mungkin hanya “lip-service” sahaja. Lagipun dalam kes Suaram, setakat memantau sudah tentu sangat tidak memadai. Sepatutnya penyiasatan yang terperinci dari semua aspek perlu dilakukan bagi memastikan Suaram tidak menjadi alat kuasa-kuasa asing yang boleh mengancam keselamatan dan kestabilan negara.

Usaha Suaram selama ini adalah untuk membangkitkan perasaan benci rakyat terhadap kerajaan dan kepimpinannya. Itu sahaja objektif atau tujuannya. Benci akan membuat orang tidak rasional dan jika terlalu membuak-buak akan bertindak dengan ganas terhadap objek yang menjadi kebenciannya.

Kini, akhbar-akhbar utama telah mendedahkan kegiatan Suaram membiaiai NGO-NGO pro-pembangkang dan tidak terkecuali BERSIH bagi menganjurkan demonstrasi-demonstrasi jalanan dengan harapan akan tercetus huru-hara di dalam negara. Pemimpin utama PKR mahu sahaja mengaitkan demonstrasi-demonstrasi haram yang dianjurkan mereka sebagai “Arab Spring”. Bukankan ini jelas menunjukkan ada usaha yang terancang untuk subvert kerajaan sedia ada yang dipilih oleh rakyat melalui peti undi. Perkataan subvert dalam Bahasa Inggeris bermaksud - to overthrow or ruin completely, e.g. a person’s morals, loyalty, arguments, a government. Dalam hal ini tindak tanduk Suaram selama ini bolehlah dikaitkan dengan semua maksud subvert di atas.

Alhamdullillah negara bertuah kita ini masih dilindungi ALLAH S.W.T dan niat jahat musuh-musuh selalu sahaja terbongkar.

Kita seharusnya sentiasa berwaspada kerana mustahil Malaysia, yang diakui oleh negara-negara Islam di seluruh dunia sebagai sebuah negara Islam yang boleh di teladani, tidak dicemburui oleh musuh-musuh Islam, terutamanya Yahudi Zionis. Sudah pasti mereka tidak mahu melihat Malaysia terus maju, aman dan makmur lebih-lebih lagi berupaya pula menjadi sebuah kuasa ekonomi di rantau ini.

ALLAH S.W.T maha mengetahui, mereka merancang ALLAH juga merancang tetapi perancangan ALLAH tiada siapa yang mengetahui, yang pastinya ALLAH akan bersama pihak yang benar.

Sesama orang Islam saya sukalah mengingatkan diri saya dan pembaca akan kata-kata adat ini;

Adat berkerabat ingat mengingat
Adat berkeluarga jaga manjaga
Adat mengingat jangan mengumpat
Adat menjaga jangan melaga
   Adat seperahu satu haluan
   Adat sesampan satu kemudi
   Adat sehaulan satu tujuan
   Adat sekemudi bersatu hati

Sebanarnyalah tidak ada yang lebih besar hikmahnya kepada kita orang Melayu dari berpegang kepada tali ALLAH tali silaturrahim dan bersatu-padu.                                                                                                                                                                               

No comments: