Seharusnya kita cuba memahami
fikiran yang dimiliki Nik Aziz. Mengapa pada dia hanya Islam ala PAS yang
tulen, yang selainnya tidak. Islam ahli-ahli UMNO , terutamanya, bukan Islan
pada pengertian Nik Aziz. Sebabnya mudah sahaja. Nik Aziz amat benci pada UMNO.
Bila sudah benci, semuanya menjadi tidak elok.
Inilah sebabnya dari dahulu lagi dia
telah menuduh UMNO bukan Parti orang Islam, untuk orang Islam ataupun
memperjuangkan Syiar Islam.
Nik Aziz membuat tomahan bahawa UMNO
menolak Hudud. Lanjutan daripada menolak Hudud itu maka UMNO menolak Islam. Dia
tidak ambil pusing bahawa yang ditolak oleh UMNO itu bukan Hukum Hudud tetapi
Hudud PAS, Hudud yang cetek, serba serbi kekurangan dan tidak adil serta
menyeleweng daripada Hukum Hudud sebenar.
Setelah sekian lama Nik Aziz melemparkan
tuduhan bahawa UMNO menolak Hudud dan disebabkan itu menolak Islam, maka tidak
hairanlah apabila akhirnya, rentetan daripada dua tuduhan itu, dia memurtadkan
UMNO.
Inilah cara Nik Aziz membalas dendam
kesumatnya dan kebenciannya terhadap UMNO. Dia menjangka dengan tuduhan begitu,
orang Melayu akan menjauhkan diri daripada UMNO. Tetapi jangkaan seperti ini
meleset kerana orang Melayu hari ini
tidak lagi menurut segala kata Tok Guru secara membabi buta.
Nik Aziz jugalah,
lebih daripada pemimpim-pemimpin PAS yang lain, membantah sebarang usaha
mencari jalan kerjasama dengan UMNO walaupun hanya bertujuan setakat untuk memelihara
hak-hak orang Melayu dan melindungi kepentingan Syiar Islam.
Bahawa memusuhi sesama
Islam bercanggah dengan tuntutan Islam, dia tidak peduli. Lagipun pada dia UMNO
telah menolak Hudud, menolak Islam dan murtad.
Kenyataan Nurul Izzah
supaya orang Melayu juga sepatutnya tidak dihalang untuk menjadi murtad
dianggapnya sebagai perkara kecil sahaja kerana Parti Keadilan adalah kawan.
Inilah, secara mudahnya, mengenai cara pemikiran Nik Aziz dan hukum-hukum yang
dijatuhkannya ke atas UMNO.
Sebelum dimurtadkan
oleh Nik Aziz, UMNO dan penyokong UMNO juga telah dikafirkan, sehingga
mengakibatkan berlaku sembahyang dua imam dan lain-lain gejala buruk yang
merosakkan masyarakat Islam di merata tempat. Itu pula hasil daripada amanat
songsang Haji Hadi Awang. Jadi apa-apapun tohmahan PAS terhadap UMNO tidaklah
mengejutkan.
Nik Aziz juga tidak
boleh menerima pendapat alim ulama, ilmuan atau cendiakawan Islam jika pendapat
itu memihak kepada UMNO. Bila-bila ada pendapat yang berlawanan dengan
kepentingan PAS, maka apapun hujah atau dalil atau rujuk yang diberikan akan
dikata lemah dan tidak boleh dipakai.
Sebarang pendapat yang
tidak menyokong kepentingan PAS akan dicop memihak kepada UMNO, iaitu parti
yang menolak Islam. Oleh kerana ia memihak kepada parti yang menolak Islam maka
ia tidak boleh diterima. Tidak kiralah jika apa yang diperkatakan itu benar,
kerana walaupun benar selagi memihak kepada UMNO ianya menjadi salah. Oleh itu,
yang benar pun boleh menjadi tidak benar. Inilah, Nik Aziz.
Disebalik gaya dan cara hidupnya
yang serba sederhana yang ditonjolkannya, dia adalah seorang yang sombong dan
takabur. Dalam hubungannya dengan UMNO dan orang Islam ahli UMNO, dia
beranggapan hanya dirinya sahaja yang benar dan betul, baik dari segi perbuatan
mahupun pertuturan dan tidak pernah melakukan sebarang kesalahan.
Tidak kiralah jika
seluruh dunia Islam khususnya, mahu mencontohi kejayaan yang dicapai oleh
negara ini dan kagum dengan keharmonian, kemanan dan kejayaan berkat kepimpinan
negara yang berhemah dan bijaksana dibawah kepimpinan kerajaan barisan BN yang
diterajui oleh UMNO. Semuanya tidak bermakna kepada Nik Aziz kerana pada
kiraannya selagi pemerintahan negara tidak mengikut rentak tari Islam ala PAS
maka negara ini bukanlah sebuah negara Islam.
Kini Hudud PAS seperti
hidup segan mati tidak mahu. Asas perjuangan PAS untuk menubuhkan sebuah negara
Islam telah terkubur, ditukar kepada Negara Berkebajikan. Slogan “Membangun
Bersama Islam” sudah hilang begitu sahaja, dikambus sedalam- dalamnya.
PAS tidak berani
angkat muka tetapi sebaliknya akur kepada tekanan daripada parti-parti lain
dalam pakatan yang menolak Islam. Ini dibolehkan kerana mereka adalah rakan.
Begitulah Islam PAS. Islam untuk kepentingan politik, boleh dijual beli.
Perkara ini makin
nyata pada mata rakyat seluruhnya. Namun, PAS seperti orang yang buta dan
pekak, tidak nampak dan tidak tahu, atau sengaja buat- buat begitu.
Pada Muktamar PAS yang
terakhir kepimpinannya cuba
mengaburi ahlinya walaupun semakin ramai daripada pihak akar umbi yang melahirkan
rasa tidak puas hati dengan arah tujuan PAS yang semakin tidak tentu hala dan
bercelaru.
Sebenarnya, PAS
merupakan puak yang tidak bersyukur, menafikan segala nikmat kurniaan ALLAH
S.W.T. Segala kebajikan dan kebaikan yang dilakukan oleh Kerajaan untuk rakyat
dipandang sinis dan tidak dihargai.
No comments:
Post a Comment