Saya sudah memperkatakan mengenai Lim Guan Eng dan kalimah
ALLAH sebelum ini. Tetapi selain daripada itu, orang Islam diperintah ALLAH S.W.T
untuk menunaikan solat 5 waktu dalam sehari, setiap hari, sehingga akhir hayatnya.
Pada permulaan solat, iaitu selepas seruan Azan atau Iqamat,
sembahyang dimulakan dengan ucapan Takbiratul Ihram dan bacaan doa Iftitah.
Saya petik sebahagian daripadanya yang bermaksud;
Sesungguhnya sembahyang ku, ibadat ku, hidup ku dan mati ku
adalah untuk ALLAH Tuhan yang memelihara sekalian alam.
Tiada yang menyekutui bagiNya dan dengan itulah aku diperintah
ALLAH dan adalah aku aku dari golongan orang-orang Islam.
Jadi dengan maksud itu, yang dilafazkan dan diperakui oleh
setiap orang Islam pada waktu subuh, selepas waktu tgh hari, pada waktu petang,
senja dan apabila malam tiba, permintaan Lim Guan Eng adalah permintaan yang
tidak akan diizinkan oleh orang Islam.
Permintaan Lim Guan Eng supaya orang Islam membenarkan
kalimah ALLAH di gunakan dalam Bible adalah sama seperti meminta kebenaran
daripada orang Islam untuk menyekutui ALLAH. Mnyekutui ALLAH adalah perbuatan
syirik, dosa yang tidak diampunkan ALLAH. Orang Islam tidak akan membenarkannya.
Tidak ada sesiapa apa-apa yang dijadikan, makhluk yang hidup
atau sudah mati atau apa-apapun, yang menyerupaiNYA. Kalimah ALLAH itu sendiri
adalah singular tidak boleh dijadikan plural. Mana boleh disebut ALLAHs. Tidak
pernah disebut begitu. Sangat janggal bunyinya dan tidak pernah dilakukan
manusia. Namun seperti diketahui umum, lain halnya dengan God atau Lord kerana
bagi perkataan-perkataan itu ada pluralnya iaitu Gods dan Lords. Father jadi
Fathers, Son jadi Sons, ghost jadi ghost dan spirit jadi spirits. Begitulah
halnya dengan yang selain daripada ALLAH.
Kita janganlah keliru atau dikelirukan oleh Anwar Ibrahim
dan sekutu sekutunya lagi. Anwar Ibrahim akan setuju dengan apa sahaja untuk
meraih undi dan mendapat simpati pihak-pihak tertentu. Dia setuju dengan
plurisme agama dan juga menyokong LGBT. Di dalam Al-Quran ALLAH ada berfirman
mengenai umat-umat yang menerima azab dan dibinasakan. Umat Nabi Lut atau the Prophet Lot dalam Bahasa Inggerisnya
dan Sodom and Gomorrah telah dibinasakan ALLAH. Al-Quran
itu adalah peringatan dan pengajaran kepada umat manusia yang berakal dan
beriman.
Kita tidak boleh ikut cara barat seperti England , France dan selainya yang membenarkan
segalanya atas dasar kebebasan dan hak asasi manusia. Tamadun
Barat semakin tidak berpedoman. Agama Christian mereka sudah
dianggap
kuno dan tidak sesuai untuk dianuti mereka. Perbuatan dan
perkara yang dilarang dalam Bible sekarang dibolehkan. Bible sudah tidak lagi
dijadikan panduan. Akidah Umat Islam akan rosak binasa jika menuruti perlakuan mereka.
Hindarkanlah diri kita daripada kemurkaan ALLAH, daripada perbuatan mungkar yang
akan membawa bala bencana kepada kita semua.
Orang-orang Islam yang setuju dengan permintaan Lim Guan Eng
dan DAP dan Anwar Ibrahim dan PKR supaya kalimah ALLAH dibenarkan dalam Bible
melakukan syirik dan boleh jatuh murtad.
Kita mesti sentiasa berwaspada terhadap anasir-anasir jahat seperti
Lim Guan Eng dan DAP yang memang gemar memainkan isu-isu perkauman dan agama
untuk mengapi-apikan rakyat supaya curiga mencurigai. Isu-isu seperti ini jika tidak
dibendung oleh pihak yang berwajib boleh membawa padah buruk kepada keharmonian
masyarakat majmuk negara ini.
Perbuatan Lim Guan Eng dalam isu kalimah ALLAH ini bolehlah diibaratkan
sebagai usaha subsersif yang bertujuan untuk menimbulkan keadaan tidak tenteram
dalam negara.
Orang Islam, janganlah kerana tamak kepada dunia, kuasa dan
jawatan, sanggup memusnahkan akidah dan menjual agama. Biarlah waras dalam
berpolitik.
Kepada PAS, cukup cukuplah.
No comments:
Post a Comment