Sunday, March 10, 2013

Pemimpin derhaka menggadai Agama, Maruah Bangsa dan Negara.


Hawa nafsu syahwat 
tamak haloba 
hasad dengki, jahat khianat
durjana.

Kerananya, hanyut 
dan alpa
hilang ihsan, kebenaran,
tenggelam ke dalam
lubuk keji, kegelapan.

Hawa nafsu durjana,
dituruti ibarat api 
tidak bertepi
jauh tersisih, menyisihkan,
terhijab dari yg hak
dan keikhlasan.

Mata tidak lagi melihat
telinga tidak lagi mendengar
fikiran tidak lagi berlandasan
hati kematu perasaan, mati.

Hilang kehalusan budi
tidak ada lagi malu.
Diri menjadi bongkak
angkuh, takabur.
Insaf dibawa arus
terbenam, tiada lagi
Memohon maaf jauh sekali,
tergadai maruah,
punah musnah segala
harga diri.

Kerana nafsu mereka jahat 
durjana, derhaka.

No comments: