Thursday, August 7, 2008

Analisis: Mampukah Anwar Terus Raih Simpati Di Permatang Pauh?

MUNGKINKAH Datuk Seri Anwar Ibrahim mampu meraih simpati penduduk Permatang Pauh pada pilihan raya kecil kali ini selepas isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menikmati 'keistimewaan' itu sejak tiga pilihan raya umum lalu?

Umum mengakui walaupun Anwar terlepas tiga pilihan raya sejak 1999, bayangan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu terus menghantui pengundi Permatang Pauh sehingga memberi kemenangan kepada Dr Wan Azizah.

Kisah mata lebam dan meringkuk di sebalik tirai besi selama enam tahun serta hilang kelayakan bertanding pada pilihan raya sehingga April lalu, menjadikan Anwar begitu popular, sekali gus memudahkan isterinya memancing undi penduduk Permatang Pauh.

2 comments:

Propagator said...

Anuar memang pandai berceramah. Dengan pidato-pidatonya ramai yang mudah terpengaruh. Masyarakat umumnya melihat Anuar sebagai seorang pemimpin yang membawa watak seorang yang warak tetapi tidak ramai yang benar-benar mengenali dia. Sebenarnya bagi mencapai cita-cita peribadinya, dia sanggup memporak-perandakan Negara. Perjuangannya bukanlah untuk bangsa Melayu atau Agama Islam tetapi adalah untuk mencapai cita-cita peribadinya dan mementingkan diri sendiri. Anuar seorang penipu besar. Semasa dalam tahanan dulu Kerajaan dituduh meracunnya dengan arsenic dan menyuntik kuman HIV ke dalam tubuhnya. Dr Wan Azizah pun menuduh Kerajaan berbuat demikian. Tetapi hari ini Anuar masih sihat ke hulu ke hilir merosakkan perpaduan Melayu dan memfitnah Kerajaan. Bolehkah kita percaya orang seperti ini. Saya lebih percayakan Saiful dan Saiful perlu diberi keadilan.

Unknown said...

saya amat bersetuju dengan kenyataan dan pendapat dari propogator. ternyata sekarang Anwar ingin menyelewang dan memporak perandakan perpaduan dikalangan rakyat malaysia teruatamanya kuam melayu sendiri. dahulu propaganda yang dibawa ternyata utk kepentingan diri sendiri sehingga kini propoganda yang dibawa utk kepentingan diri sendiri. terlampau banyak tuduhan dah fitnah yang dilemparkan mengenai layanan kerajaan semata2 untuk meraih simpati dan kepercayaan orang ramai. bagi mereka yang lemah dan tidak cerdik utk menilai yang benar dan salah ternyata akan menelan segala ayat2 dusta dari pihak PKR.
bagi parti pembangkang yang lain, ini merupakan peluang besar untuk mereka menambahkan kekeruhan sekaligus meraih undi berdasarkan propoganda mereka yang hanya akan memusnahkan perpaduan sedia ada.