Thursday, September 25, 2008

Teresa Kok

Mengenai Teresa dan Pemimpin-pemimpin DAP seperti dia.
Mereka ini tidak memahami ataupun sahaja tidak mahu memahami kedudukan Agama Islam di dalam perlembagaan. Tetapi saya juga hairan DAP boleh bekerjasama baik dengan parti PAS yang mahukan supaya Agama Islam bukan sahaja menjadi agama rasmi tetapi Malaysia menjadi sebuah negara Islam. Tidakkah Teresa berasa takut dengan parti PAS kerana nanti akan diwajibkan memakai purdah dan tidak boleh ke sana ke mari dengan skirt dan baju blaus lengan pendek.
Orang-orang Melayu memang penyabar kerana agama Islam itu memberi kedudukan yang tinggi pada orang-orang yang sabar. Orang-orang yang beriman adalah orang-orang yang sabar. Tetapi ini tidak bermakna orang-orang Islam sanggup agamanya diperlekeh atau dihina, perbuatan Teresa adalah perbuatan yang merbahaya.

Jika nak diungkit banyak amalan-amalan agama orang-orang Cina tidak menyenangkan orang Melayu tetapi orang Melayu bersabar juga dan kerana hendak menjaga hati orang-orang Cina beralah.

Teresa patut sedar bahawa di Singapura pun sebuah pulau Cina amalan menyembah tok moyang mereka sangat dihadkan oleh kerajaan orang Cina Singapura.

No comments: