Tuesday, June 16, 2009

CHING PENG KAH ANWAR?

Pada saya, dan saya percaya juga pada ramai orang-orang Melayu gelagat Anwar Ibrahim akhir-akhir ini seolah-olah menunjukkan bahawa beliau telah hilang punca.

Tidak berapa lama dahulu beliau telah berjanji dengan begitu yakin pada penyokong-penyokongnya dalam PKR dan juga pada semua parti-parti pembangkang yang bersamanya, bahawa kerajaan Barisan Nasional akan ditumbangkan dengan cara mengajak wakil-wakil rakyat BN supaya melompat parti. Bukan sekali Anwar Ibrahim berjanji demikian. Tetapi ternyata kita semua telah ditipunya. Memang Anwar Ibrahim seorang pembohong besar dan dia memang seorang yang suka membohong. Seorang pembohong tidak boleh menjadi seorang pemimpin kerana kata-katanya semua palsu dan sesiapa yang mengikutnya akan tertipu dan terus tertipu.

Tetapi memanglah dia seorang yang petah di atas pentas. Kata-kata yang dihamburnya, dengan cara yang menarik, mudah membuat orang terpedaya. Dan hari ini memang ramai orang-orang Melayu terpedaya mengikutnya. Bukan sahaja orang-orang Melayu tetapi orang-orang India dan Cina juga terpedaya dengan kata-katanya. Orang seperti Anwar Ibrahim sangat merbahaya kerana dia dengan mudah boleh memporak-perandakan masyarakat dengan helah dan muslihatnya. Jangan lupa bahawa beliaulah punca mulanya demonstrasi-demonstrasi jalanan yang hingga hari ini terbawa-bawa sampai dicontohi oleh HINDRAF juga.

Bukan kita tidak kenal Anwar Ibrahim. Untuk mencapai cita-citanya dia sanggup melakukan apa sahaja. Sebab itu, pada setiap peluang dan kesempatan dia akan memburukkan nama baik Malaysia di luar negara dengan macam-macam fitnah. Semua pemimpin Barisan Nasional tidak betul, semua pemimpin UMNO tidak betul, yang betul dia sahaja.

Segala kemajuan dan kebaikan yang dicapai oleh Malaysia hingga hari ini kononnya adalah kerana sumbangan beliau. Contohnya, dengan muka yang kering, tanpa perasaan malu beliau telah mengaku semasa di wawancara di BBC tidak berapa lama dahulu, bahawa beliaulah orang yang telah menyelamatkan Malaysia dari krisis kewangan pada tahun 1997/1998. Sedangkan kita semua tahu dan seluruh dunia tahu bahawa Dr. Mahathir Mohamad sebenarnya orang yang memerah otak siang dan malam menyelamatkan Malaysia daripada kegawatan kewangan.

Akhir-akhir ini pula Anwar Ibrahim menyokong supaya Ching Peng dibawa pulang dan tidak menghirau perasaan rakyat Malaysia umumnya. Saya percaya dia membuat kenyataan sebegitu rupa semata-mata kerana mahu undi orang-orang Cina dan orang-orang yang lupa atau tidak tahu sejarah yang semakin ramai. Tidak ada niat baik pada hatinya .

Malaysia adalah sebuah negara demokrasi, tetapi kalau dibenarkan demokrasi ini disalahgunakan, segala kemajuan yang kita kecapi hari ini, segala perjuangan dan pengorbanan pemimpin-pemimpin terdahulu akan punah dengan mudah. Anwar Ibrahim akan menggunakan demokrasi untuk mencapai kepentingan sempitnya sendiri. Segala cara halal baginya. Lagi sekali saya menyatakan Anwar Ibrahim adalah orang yang merbahaya kerana sanggup mengadaikan kepentingan negara demi mencapai cita-cita peribadinya.

Tidak mustahil kalau Chin Peng dibenarkan pulang, atas landasan demokrasi, sebuah parti komunis boleh ditubuhkan untuk bertanding dalam pilihan raya. Jadi, Chin Peng kah Anwar ?

2 comments:

jati said...

Anwar memang petualang negara, sanggup berbuat apa sahaja demi kepentingan dirinya. Tidak menghiraukan perasaan orang Melayu yang ditindas dan diseksa komunis pada masa dulu termasuk sedara sebangsanya.

CUKUPLAH ANWAR JANGAN CARI POPULARITI MURAHAN...

politikanakminang said...

bagi yang berminat.....ada cerita menarik menanti anda di akutokmuda.blogspot.com..........cerita menarik hal pengucapan awam....jangan ketinggalan