Wednesday, May 27, 2009

MENGAMALKAN DEMOKRASI

Malaysia memanglah sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Negara kita telah mengamalkannya sejak dari merdeka dahulu dan belum berlaku dalam sejarah negara ini pilihanraya tidak diadakan. Rakyat negara ini bila sampai tempoh masanya diberi peluang untuk mengundi bagi memilih kerajaan yang mereka kehendaki.

Walaupun begitu ada saja pihak, terutamanya dari kalangan pemimpin-pemimpin parti pembangkang yang kerap saja dengan lantang mengatakan bahawa Malaysia bukan sebuah negara yang demokratik. Ceramah-ceramah yang mereka adakan tidak henti-henti kesana kesini, kehulu kehilir, masuk kampong keluar kampong, masuk pekan keluar pekan, masuk bandar, dalam masjid-masjid dan surau-surau, mereka mengatakan Malaysia sebuah negara yang tidak mengamalkan demokrasi.

Di dalam Parlimen pun mereka mengatakan Malaysia bukanlah sebuah negara yang demokratik. Sedangkan mereka telah pun dipilih menjadi wakil rakyat dan bergelar YB. Tidakkah menghairankan seorang wakil rakyat yang telah dipilih oleh rakyat dan mempunyai kerusi dalam Parlimen mengatakan Malaysia bukan sebuah negara demokratik.

Beberapa bulan dahulu, di Johor ada seorang wakil rakyat parti pembangkang menuduh Malaysia mengamalkan sistem “apartheid”. Kita hairan seorang yang bergelar wakil rakyat dipilih untuk rakyat tidak memahami apa itu “apartheid”. Sungguh memalukan. Wakil rakyat sepatutnya mempunyai cukup ilmu dan sepatutnya memahami apa itu “apartheid”. Jadi benarlah, YB berkenaan sangat daif dan cetek ilmu pengetahuannya. Dan sepatutnya tidak menjadi wakil rakyat.

Akhir-akhir ini demokrasi di negara kita semakin dieksploitasi oleh pihak-pihak yang berkepentingan sempit, chauvinist, dan racist. Hindraf umpamanya telah mengadakan demonstrasi jalanan sehingga tercetus rusuhan. Menuduh berlaku ‘ethnic cleansing’, menuduh kerajaan memusnahkan beribu-ribu buah kuil dan beberapa lagi tuduhan yang tidak masuk akal.

Selepas pilihanraya yang lalu, parti pembangkang telah dapat menawan beberapa buah negeri, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan yang sekarang diterajui oleh DAP. Oleh kerana kemenangan besar ini, sudah ada pemimpin-pemimpin dikalangan mereka yang bertindak biadap mengatakan supaya azan di masjid-masjid patut ditiadakan. Ini berlaku di Seremban, Negeri Sembilan. Perbuatan seperti ini sudah tentu menjejaskan perhubungan antara kaum dan sangat merbahaya kerana ia menafikan hak agama Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Demokrasi memerlukan pengamalnya memahami cara mana demokrasi seharusnya atau sebaiknya diamalkan. Sebagai sebuah negara yang merdeka, Malaysia baru berusia 51 tahun. Dalam sejarah negara-negara, ini bererti Malaysia adalah sebuah negara yang amat muda. Perjalanan kita sebagai bangsa, masih amat jauh. Oleh itu, kita amat memerlukan kepda perpaduan dikalangan semua kaum.

Pemimpin parti politik yang suka mencanangkan atau memainkan emosi serta sentimen perkauman yang sempit, rakyat keseluruhannya harus nyahkan. Untuk mengamalkan demokrasi dengan jayanya dan untuk mendapatkan manfaat yang sebaiknya dari sistem itu sendiri, kita mesti mempunyai ilmu dan pengetahuan tentang “parameters” yang diberikan oleh demokrasi. Jika tidak, kita sendiri sebagai rakyat Malaysia akan mematikannya. Tanpa demokrasi, Malaysia akan menjadi sebuah negara yang huru-hara dan kita tentu tidak mahu malapetaka seperti ini menimpa bumi Malaysia yang bertuah ini.

2 comments:

panglima_sepat said...

Malaysia tak demokrasi??
pembangkang ada lagi kebebasab=n bersuara.. ada lagi pati perjuangan mereka.. boleh lagi komen apa saja kerajaan lakukan.. Mereka juga berpeluang berdebat untk tentukan "sesuatu" dalam DUN dan Parlimen..
Kalo dah tak boleh lakukan semua ni barulah dikatakan tak demokrasi mcm komunis tu..
Komunis yg beriya disokong, nak bawak fahaman komunis ke demokrasi juak2 ni??

Anonymous said...

Sekarang ada yang gunakan demokarasi nak bawak petualang komunis masuk Malaysia. Mesej yg diberitahu pd orang ramai oleh Gerakan ialah buat salah banyak banyak tak apa. Bila dah nak mampus nanti orang akan maafkan. Memang kebenaran bersuara satu prinsip demokrasi. Menteri Dlm Negeri tak buat kenyataan jugak satu prinsip demokrasi. Letak jawatan le Hisam. Saman orang jugak satu bentuk demokrasi. Cukup le tu Nuar.