Friday, May 8, 2009

Pewaris Muda

Anak muda pewaris segala.
Tak sayangkah pada bangsa, agama dan negara?
Tak sayangkah pada ibu bapa, tanah tumpah darah,
kampung halaman, sanak saudara….

Tidak belaskah melihat ibu bapa semakin dimakan usia,
garis-garis kerut di dahi menjadi seribu kedut, dan harapan bertukar menjadi kerisauan, dirundung keresahan belaka?

Masa dibiarkan berlalu begitu sahaja.
Hari demi hari dengan sia-sia.
Tidakah berasa sayang, rugi.
Waktu yang begitu berharga dibiarkan berlalu dan diri demi hari semakin dewasa?

Tidakah ada rasa kasih pada bumi warisan orang dahulu kala.

Zaman berzaman perjuangan mereka
dengan titisan keringat, darah serta air mata,
tempat mereka bersemadi akhirnya.

Mengapa?
Dengan mudah hilang arah
meniru perbuatan yang membawa padah,
menurut nafsu hingga hilang waras dan masa hadapan tergadai, punah ranah.

Tidakkah nanti kesal.
Kesalahan yang tidakkah nanti sampai tertebuskan.

Anak muda marilah selagi kudrat pada tulang empat kerat dikurnia Allah
Budi dan bakti taburkanlah
Insya-ALLAH hidup akan bertuah.

1 comment:

panglima_sepat said...

bumi ni bukan diwariskan kepada anak muda.. tapi hak milik anak muda..
anak muda arkitek membentuk rupa bumi pada masa akan datang.. Justeru itu, marilah kita sama-sama menjaga bumi kesayangan kita.. Salah kita warnakannya, maka, salah lah coraknya