Sunday, May 3, 2009

Selsema Babi

Wah! Lagi sekali manusia digemparkan dengan penyakit yang dibawa oleh binatang durjana babi.

Di sana sini kerajaan yang berkemampuan mengambail berbagai-bagai tindakan, memberi amaran dan menyediakan keperluan vaksin demi menyelamatkan rakyat mereka.

Kita dapat lihat di kaca t.v. di beberapa negara orang ramai memakai topeng muka, tidak mengadakan keramaian dan di Mexico tempat puncanya penyakit durjana ini, sekolah pun ditutup.

Tapi bagaimana pula bagi negara-negara yang kerajaannya miskin, rakyatnya daif, hidupnya melarat, makan pun kekadang sesuap sehari atau sesuap beberapa hari, malanglah nasib mereka jika wabak ini menjelma di negara mereka.

Negeri Sembilan pernah terkenal (sangat memalukan) sebagai negeri pengeluar daging babi yang terbesar di rantau Asia Tenggara. Memang sangat memalukan. Tapi Allah maha kaya kerana sayangkan kita umat Islam, diturunkanNya bala kecil dalam bentuk penyakit J.E. Maka gemparlah buat seketika seluruh negara. Dan kerana itu hari ini selepas binatang jijik itu dihapuskan, Negeri Sembilan menjadi sebuah negeri yang terselamat. 

Sungai-sungai yang sangat tercemar dahulu dengan bau dan najis yang tak tertahan dihidu sudah kembali bersih dan mempunyai  hidupan akuatik.

Orang-orang Cina perlulah bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan negeri yang ada hari ini, kerana mengawal dengan ketat supaya penternak-penternak babi mengikut syarat yang ditetapkan, kalau tidak, mungkin bukan di negara Mexico, tetapi di Bukit Pelanduk tercetusnya penyakit selsema babi ini.

Saya berharap, seluruh rakyat berharap, supaya kerajaan negeri dimana-mana sahaja ternakan babi dibenarkan, memastikan kawalan yang ketat dan pematuhan kepada syarat-syarat yang ketat dan supaya jabatan veterinar memantau dengan ketat agar kita semua terselamat dari wabak selsema babi ini.

5 comments:

Anonymous said...

BABI lagi..isu berkaitan BABI ni mmg x pernah ade kesudahannya...dulu JE, skrng ni selesema BABI..kita ni macam x sedar2 lagi...dulu JE melanda, habis satu negara dok risau..skrang bila selsema BABI lak, satu dunia dok kalut...ntahlaa...timbul cakap2 sane sini yang mengatakan adakah selsema BABI ni akan menjadi wabak yang akan melenyapkan umat manusia di muka bumi ini..wallahualam

GERTAK SENGET said...

hapuskan semua babi yang ada kt Málaysia sebelum semua babi ini dapat selsema. Babi senang dapat selsema kerana hidungnya unik seperti belalai gajah tetapi kontot.HAPUS BABI NEGARA SIHAT.

jati said...

SELSEMA BABI YANG MELANDA MEXICO DAN BEBERAPA NEGARA LAIN SEPATUTNYA MENJADI IKTIBAR KEPADA KERAJAAN PEMBANGKANG SEPERTI SELANGOR. KERANA HENDAKKAN UNDI KAUM TERTENTU SANGGUP MENJADIKAN NEGERI TERSEBUT MENJADI PUSAT TERNAK BABI PULA . MEREKA TIDAK SERIK-SERIK, DAHULU DI TELOK PELANDUK ADA JE KINI DUNIA DIKEJUTKAN PULA DENGAN SELSEMA BABI. KALAU TIDAK SALAH FAKTA NEGARA LAIN SEPERTI SINGAPORE MENGIMPORT BABI DARI NEGARA LUAR, MEREKA TIDAK MENTERNAK SENDIRI UNTUK RAKYATNYA KERANA MEREKA TAHU KESAN MENTERNAK BABI INI KEPADA KESIHATAN DAN ALAM SEKITAR.

panglima_sepat said...

ni bukti kebesaran Allah, dah tertulis dalam alquran babi ni pembawa penyakit sbb tu haram di makan.. Sekarang lebih terbukti bahawa babi ni tak kebaikkan kalo diternak secara besar-besaran seperti di Selangor. Walaupun guna teknologi moden babi tetap babi, memudaratkan kesehatan jer..

Dienda Sayang.. said...

Tulah mungkin manusia ni mudah lupa, dan perasaan takutnya hanya sekejap jer....sepatutnya jadikan iktibar sampai bila-bila bahawa jika menternak babi tanpa mengikut justifikasi @ syarat yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan maka macam-macam lah boleh jadi, bukan setakat hal babi jer...macam-macal lagi lah...Sesungguhnya setiap apa yang cuba dilaksanakan & yg cuber disampaikan oleh pihak kerajaan khususnya adalah demi untuk kebaikan rakyatnya....So fikir2 & renung2kanlah..