Saturday, December 22, 2012

Kempen Menolak Budaya Memfitnah

Saya pasti ramai yang setuju supaya kempen ini diberi keutamaan. Apatah lagi di kalangan orang-orang Melayu yang menganut agama Islam kerana kita sedar bahawa memfitnah itu amat besar dosanya dan hukumannya di sisi Allah S.W.T amatlah berat dan tidak akan tertanggung.

Saya amat tertarik dan bersetuju dengan tulisan Dr. Fathul Bari Mat Jahya dalam Utusan baru-baru ini. Beliau mengatakan salah satu tuduhan fitnah berat dan besar yang dilemparkan kepada pihak kerajaan dan mereka yang menyokong kerajaan ialah tuduhan kafir dan murtad. 

Tuduhan ini amatlah zalim. Tetapi mereka yang membuat tuduhan ini tidak sedar bahawa mereka sebenarnya amat menzalimi diri sendiri.

Jelas Dr. Fathul Bari tidak munasabah UMNO atau kerajaan itu kafir atau murtad. Saya petik keterangan yang diberikan oleh Dr Fathul Bari bagi menangkis tuduhan yang dibuat oleh Nik Aziz dan pengikut- pengikutnya.

1. Mengucap dua kalimah syahadah;  adakah kerajaan tidak laksanakan hal ini? Kerajaan laksanakan. Kerajaan bentuk dan tubuhkan JAKIM, kerajaan wujudkan Bahagian Kajian Akidah. Al-Arqam, Ayah Pin, Kaha yang mengaku sebagai rasul, dan ajaran-ajaran sesat yang lain semuanya dibanteras. Ini semua adalah usaha memelihara akidah yang berterusan.      

2. Solat; Dasar dan usaha yang dilakukan oleh kerajaan, mendirikan infrastruktur untuk memudahkan masyarakat mendirikan ibadah solat. Azan dilaungkan secara terbuka. Ini adalah syiar Islam yang menunjukkan Islam dilaksanakan secara terbuka.

3. Zakat; Pengurusan zakat adalah antara yang terbaik dan terulung di dunia. Kempen kutip zakat, kempen bayar zakat, kempen agihan zakat tidak henti-henti diadakan.

4. Puasa; Syiar Islam ini diadakan secara terbuka. Majlis berbuka puasa, solat terawih dan mengimarahkan masjid diadakan sepanjang bulan Ramadhan. Program-program sedekah
di bulan Ramadhan membuktikan syiar Islam dibesarkan dan dilaksanakan secara terbuka.
5. Haji; Seluruh dunia Islam memperakui bahawa pengurusan haji oleh Lembaga Pengurusan Tabung Haji adalah yang terbaik di dunia dan ramai yang datang untuk belajar dan mengambil contoh daripadanya.

Jadi janganlah buat tuduhan dengan perkataan yang bersifat umum seperti kerajan tolak Islam, atau memperlekehkan Islam. Perbuatan seperti ini adalah  ideology khawarij yang mudah mengkafirkan orang lain.

Cukuplah amanat seorang ustaz puluhan tahun lalu yang menyebabkan perpecahan di kalangan umat Islam; berpecah dalam solat, tidak sah solat berimamkan orang UMNO, perkahwinan yang dibatalkan kerana tidak sah dinikahkan oleh jurunikah UMNO, makanan sembelihan tidak sah kerana disembelih oleh orang UMNO, tidak boleh hadiri jenazah orang UMNO dan beberapa lagi perbuatan yang mengakibatkan malapetaka kepada perpaduan orang Islam di negara ini.

Nabi S.A.W di dalam sebuah hadis bersabda, “ Sesungguhnya akan datang pada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan, seorang pembohong dikatakan benar dan seorang yang jujur dianggap berbohong, seorang pengkhianat dikatakan amanah dan seseorang yang amanah dianggap khianat”.  Umat Islam di mana  sahaja, khususnya di negara ini, perlu sentiasa berwaspada akan perkara ini.

No comments: