Semenjak zaman Tun Dr. Mahathir lagi, sudah agak banyak kali juga saya
mengikuti Perhimpunan Agung UMNO. Tidak pernahlah rasanya saya mendengar ucapan
Perasmian dan ucapan Menggulung oleh seorang Presiden yang begitu menyemarakkan
semangat dan menginsafkan.
Ini dirasakan bukan sahaja oleh Perwakilan dan ahli-ahlinya, tetapi juga
oleh orang Melayu yang datang berpusu-pusu untuk mendengar ucapan Presiden di
luar Dewan. Begitu juga halnya dengan penyokong dan aktivis UMNO yang mengikuti
ucapan Presiden melalui siaran langsung televisyen dirumah-rumah. Mungkin
kerana seperti kata Charles Dickens, "It is the best of times, it is the
worst of times" untuk UMNO.
Ia boleh dikatakan “the best of
times” kerana Presiden UMNO berjaya mengubah adversiti menjadi peluang dengan “tackling
the bull by it's horns”, seperti kata orang Inggeris.
“The worst of times”, kerana UMNO/BN buat kali pertama dalam sejarah
politik negara, telah hilang majoriti 2/3 dalam Parlimen pada PRU 12 yang lalu
disamping tewas di Perak, Pulau Pinang dan Selangor dan berhadapan dengan dua
parti Melayu yang menggunakan fitnah secara berleluasa dan menjual agama bagi
memecah-belahkan perpaduan orang Melayu.
Memang luar biasa suasana Perhimpunan Agung UMNO kali
ini. Kebetulan ia diadakan tidak lama selepas PAS mengadakan
muktamarnya di Kota Bharu. Jadi perbandingan antara PAS dengan UMNO mudah dilakukan.
PAS semakin tersasar dari landasan yang diperjuangkannya selama ini,
semakin keliru mengenai hubungannya dengan parti-parti yang menjadi pakatannya,
UMNO sebaliknya semakin jelas akan asas penubuhannya, semakin kukuh atas
landasan perjuangannya, semakin yakin akan amanah yang digalas untuk membela
bangsa, agama dan negara dan semakin diyakini oleh seluruh parti komponen dalam
BN.
Manakala UMNO dari dahulu hingga kini diberi kepercayaan dan diyakini
untuk menerajui BN, PAS sebaliknya pula semakin lemah, tidak bersemangat dan
bercelaru kerana semakin jauh dari denyut nadi ahli diperingkat akar umbi.
Ahli-ahli dan penyokong PAS semakin menyadari Parti mereka sudah menjadi
tempelan sahaja dalam pakatan pembangkang.
Dalam beberapa kenyataan yang dibuat pucuk pimpinan PAS, jelas PAS lebih
memerlukan DAP daripada sebaliknya. Begitu juga dengan PKR, jelas PAS yang
perlu akur kepada PKR daripada sebaliknya. Ini berlaku dalam semua hal, dan
sudah banyak kali maruah PAS sebagai parti yang kononnya mahu menegakkan sebuah
negara Islam diterompahkan.
Cadangan supaya Hadi Awang dilantik sebagai PM jika pembangkang menang
adalah usaha terakhir untuk 'save face' menyelamatkan maruah parti politik yang
semakin ditinggalkan orang Melayu. Namun Hj Hadi sendiri sedar akan tahap
kemampuan dirinya. Memimpin negeri Terengganu pun dia gagal, ini pula mahu
memimpin Malaysia yang semakin dihormati dan dipandang tinggi oleh seluruh
dunia. Inilah sebabnya dia berkata dia lebih rela jadi nelayan.
Doa ulama suam-suam kuku, adik Nik Aziz untuk menaikkan semangat
ahli-ahli PAS kerana kononnya mereka berada di pihak yang benar dengan nada seperti
mengherdik Allah supaya K.O UMNO, K.O BN memakan diri PAS sendiri. Tidak ada satu
pun ulama yang bersetuju dengan doa seperti itu atas sesama Islam selain daripada
Nik Aziz. Tetapi Nik Aziz lebih hebat daripada itu, kerana selain kehancuran
UMNO, dia juga telah dengan sewenang wenangnya mengistiharkan UMNO
murtad.
Pada PRU kali ini kita akan melihat parti-parti pembangkang, PAS dan PKR
terutamanya, melakukan tindakan-tindakan yang desperate atau terdesak. UMNO/BN
perlu lebih berwaspada dan mengatur strategi yang dapat menanganinya.
No comments:
Post a Comment