Saya menghadiri jemputan Majlis Tahlil jiran
se-taman perumahan baru-baru ini. Semasa menjamu selera, saya dapati ada dua
tiga orang kenalan saya yang tidak boleh langsung mendengar Nik Aziz di kritik.
Mereka bersikap saolah-olah Nik Aziz maksum atau bertaraf wali.
Reaksi mereka bila kenyataan yang dibuat Nik
Aziz atau tindakan yang dilakukannya dikritik, ialah mengeleng-gelengkan kepala
sambil kedua dua belah tangan membuat isyarat tidak mahu dengar.
Mereka bersikap semacam takut sesuatu yang
buruk akan menimpa diri mereka jika mereka terus mendengar kritikan terhadap
kesalahan dan kesilapan yang dilakukan Nik Aziz.
Kenalan-kenalan saya ini adalah pegawai-pegawai
kerajaan yang sudah bersara dan semasa berkhidmat dahulu memegang
jawatan yang agak kanan juga. Tidakkah mereka sedar bahawa Nik Aziz juga
adalah seorang politikus biasa yang sepanjang hidupnya berusaha mengejar
kuasa?
Yang membezakan Nik Aziz dengan ahli-ahli
politik lain ialah kemahiran dia menggunakan agama sebagai alat untuk mencapai
cita-cita politiknya.
Mungkin ada sebilangan orang yang sudah menjadi
begitu taksub dengan Nik Aziz sehinggakan hanya menerima apa yang keluar dari
mulut dia sahaja sebagai benar, yang lain semua adalah dusta atau palsu. Walaupun
kenyataan itu dibuat oleh ulama yang tersohor dalam dunia Islam, apabila ia
bercanggah dengan Nik Aziz ia tetap akan ditolak.
Begitu sekali sempitnya pengetahuan dan alam
mereka. Semuanya berkisar sekitar atau dikalangan diri atau ahli-ahli mereka
sahaja. Mata, telinga dan hati mereka telah tertutup. Segala yang baik walaupun
di depan batang hidung sendiri mereka tidak akan nampak. Kalau nampak pun
mereka tidak akan memperakuinya disebabkan ego yang sangat tebal yang telah
begitu lama sebati dikalangan pucuk pimpinan mereka.
Semoga ALLAH membuka hati mereka kepada
kebenaran.
No comments:
Post a Comment