Thursday, August 6, 2009

Anarki Jalanan


Baru-baru ini sekali lagi, untuk sekian kalinya, masyarakat awam di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur dihuru-harakan oleh Anwar Ibrahim dan konco-konconya.


Pada hari yang berkenaan saya dalam perjalanan balik kerumah dari Seremban dan seperti beribu-ribu pemandu kenderaan yang lain di jalan raya terkandaslah berjam-jam disebabkan oleh ‘jam’. Dan begitu banyaklah masa terbuang disia-siakan sahaja dalam kenderaan. Begitu banyaklah petrol terbakar rugi sahaja yang menambahkan lagi pencemaran udara di Lembah Kelang yang pada waktu ini diburukkan dengan jerebu yang datang dari seberang laut.


Anwar Ibrahim memang seorang politikus yang sangat pintar dalam merencanakan demonstrasi jalanan. Memang benarlah seperti kata Tun Dr. Mahathir Mohamad beliaulah orang yang terutama mempelopori politik anarki seperti ini yang kemudiannya menjadi teladan dan pengajaran kepada pertubuhan haram Hindraf yang juga sangat gemar melakukan demonstrasi bagi membuat tuntutan yang tidak munasabah.


Malang bagi orang Melayu kerana Anwar Ibrahim adalah orang yang berbangsa Melayu. Disebabkan beliau orang-orang Melayu semakin dipecah-belahkan. Dan apabila orang Melayu berpecah-belah kesempatan ini diambil oleh orang lain untuk menekan dan membuat bermacam-macam tuntutan bagi menghakis hak orang-orang Melayu yang seperti termaktub dalam perlembagaan.


Mungkin kerana Anwar Ibrahim lah maka timbul orang-orang cina seperti Ronnie Liu (Exco Negeri Selangor), Jeff Ooi (Ahli Parlimen Jelutong), Dr. Boo Cheng Hau (DAP Johor) dan lain-lain yang meremehkan orang Melayu dan agama Islam. Sebelum ini orang-orang seperti yang disebutkan tadi tidak wujud. Kalaupun ada mereka tidak berani mengeluarkan suara racist mereka.


Penganjur-penganjur anarki di jalan raya membenarkan tindakan mereka membuat kacau bilau kerana kononnya ia adalah hak setiap rakyat dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Tetapi mereka lupa tindakan anarki seperti ini menafikan hak lebih ramai lagi yang mahukan keamanan dan ketenteraman untuk melakukan kerja-kerja seharian dan mencari rezeki.

Saya memang berharap kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap Anwar Ibrahim dan penganjur-penganjur demonstrasi jalanan yang selainnya, yang suka menimbulkan kekacauan dan ketidaktenteraman dikalangan masyarakat semata-mata bagi menjayakan cita-cita politik sempit mereka.


Semoga Malaysia, negara yang bertuah ini sentiasa dipelihara oleh Allah S.W.T. Amin Yarabalalamin.

1 comment:

Anonymous said...

jamm kan? lihatlah betapa tidak berakalnya anwar, menggalakan org menyertai demonstrasi tetapi tidak terfikir akan kesusahan orang lain dlm pada masa yang sama. patutnya anwar yahudi ini dibuang negara seperti chin peng. tiada guna memberikan ruang kepadanya lagi di malaysia ini.