Wednesday, August 19, 2009

GOBALA SAMSENG

Saya hairan dengan En. N. Gobalakrishnan (orang seperti ini tidak layak digelar YB) kerana sekali lagi membuat kecoh disatu lagi Pilihan Raya kecil iaitu Permatang Pasir. Sebelum ini pada pilihan raya yang terdahulu di negeri yang sama, si Gobalakrishnan jugalah yang mengetuai satu gerombolan ahli-ahli parti pembangkang, menahan dan menaiki bas yang mereka tuduh mengangkut pengundi-pengundi hantu. Tindakan orang seperti ini menakutkan kerana undang-undang tidak langsung dipeduli.

Orang seperti Gobalakrishnan ini semakin bertambah akhir-akhir ini nampaknya. Tetapi saya berkeyakinan semuanya bermula dengan rusuhan yang dilakukan oleh HINDRAF dahulu yang membuat tuntutan yang bukan-bukan, mengambil tindakan yang bukan-bukan, menghantar memorandum yang bukan-bukan, serta mengadakan demonstrasi dan rusuhan dijalanan. Saya mengucapkan syabas kepada pihak polis kerana sentiasa berhemah apabila mengawal tindak-tanduk yang dilakukan oleh mereka-mereka ini.

Dan semalam dalam berita tv kita dapat lihat Gobalakrishnan menampar seorang anggota polis hingga tercampak cermin matanya. Jadi siapa sebenarnya samseng? Siapa yang menganjur dan mengamalkan budaya samseng? Siapa yang menganjurkan kumpulan samseng?

Saya hairan mengapa yang melebih-lebih, meronta-ronta, menjerit-jerit, memekik-mekik ialah ahli parti PKR dan bukan ahli Parti PAS yang bertanding. Tetapi mungkin memang kerana dah jadi sifat orang seperti ini, kalau tidak membuat kecoh tidak akan merasa puas.

Dalam akhbar-akhbar hari ini kita lihat pula si Gobalakrisnan ini diusung kesana kemari dengan kerusi rodanya, menyusahkan saja. Begitu ramai pula orang yang perlu memberi perhatian kepadanya kerana jatuh dan cedera akibat tindakannya sendiri melawan pihak keselamatan dan sekarang walaupun cedera akibat perbuatan sendiri yang gelojoh. Anggota Keselamatan juga yang dipersalahkan.

Saya merasakan sepatutnya Gobalakrishnan dikenakan hukuman yang setimpal supaya menjadi pengajaran kepadanya dan lain-lain pengikutnya yang berhajat melakukan perkara serupa. Dan sebaiknya hukuman yang dikenakan ke atas beliau boleh mengugurkan kelayakan sebagai Ahli Parlimen. Memang dari sikap dan fiil yang ditunjuknya beliau tidak layak menjadi seorang Wakil Rakyat. Memalukan sahaja.

1 comment:

Anonymous said...

Wong pun sama jugak. Kaki dah berbungkus. Jalan pakai tongkat. Teringat kat En Jamil Madu Tiga. Kaki berbungkus. Mata bertampal. Tapi bohong En Jamil, bohong sunat.

Gobala & Wong ni, kata orang kampung saya AUTA.