Dikatakan Anwar Ibrahim akan mengadakan satu lagi
perhimpunan, tetapi kali ini untuk menghalang Shamsidar Taharin isteri Azmin Ali
daripada menjadi saksi dalam kes samannya terhadap Senator Datuk S.Nallakaruppan
Rakyat umumnya sudah masak dengan kerenah Anwar menghasut
rakyat untuk berarak di jalan raya dan mengambil kesempatan daripada itu untuk mengapi
api dan membangkitkan kebencian terhadap kerajaan, menghina institusi-institusi
kehakiman dan pihak yang menjaga ketenteraman awam seperti polis.
Kali ini, rakyat akan diperbodohkan sekali lagi dengan mengheret
mereka untuk berdemonstrasi bagi membantah Shamsidar Taharin daripada menjadi
saksi dalam kes saman yang dibuat oleh Anwar sendiri. Kita masih ingat
demonstrasi terakhir yang kononnya untuk menuntut Pilihan Raya yang lebih
Bersih iaitu Bersih 1 dan 2. Tuntutan itu walaupun tidak berasas bolehlah juga
diterima akal, tetapi kali ini, berdemonstrasi untuk menuntut supaya Shamsidar
Taharin tidak menjadi saksi, adalah perbuatan yang sangat ‘bizzare’. Dan kalau
masih ada juga pihak-pihak yang sanggup berarak bagi tujuan yang tidak
munasabah ini perkataan Inggeris yang sesuai bagi puak-puak ini ialah
‘Assinine’.
Sudah jelas lagi nyata bahawa Anwar Ibrahim akan sedaya
upayanya memperdayakan rakyat untuk menyelamatkan dirinya dan jika masih ada
lagi mereka yang tidak sedar bahawa perjuangan politik Anwar adalah semata mata
untuk mencapai cita-cita sempit peribadinya yang tamakkan kuasa, maka eloklah
cari masjid-masjid lama yang masih menggunakan air kolah dan mandilah di situ.
Ada orang kata dengan berbuat demikian boleh membersihkan diri daripada kekotoran
dalaman dan menyelamatkan diri daripada ditimpa perkara-perkara yang tidak
diingini.
Selama ini, kita tahu Anwar memang hebat dengan ugutan-ugutan
dan tindakan-tindakan samannya terhadap sesiapa sahaja yang dia suka
sehinggakan seperti kata Tun Mahathir ramai yang tidak berani bersuara atau
membuat kenyataan kerana takut kena saman beratus-ratus juta ringgit. Nampaknya
dengan Datuk S.Nallakaruppan, Anwar telah tersilap langkah kerana Datuk
S.Nallakaruppan bukannya calang-calang orang.
Beliau dahulu pernah menjadi sahabat karib Anwar dan selama lebih daripada
30 tahun perhubungan mereka tentu sahaja banyak pekong Anwar berada dalam
pengetahuannya.
Saman punya saman, terlalu ghairah menyaman kiri dan kanan,
saman kali ini nampaknya menjerut leher Anwar sendiri. Dimanakah Datin Seri
Azizah isteri Anwar yang sejati. Sudah agak lama langsung tidak bersuara. Mungkin
insan ini sudah tidak berupaya lagi untuk menegakkan benang yang basah dan
hampir reput pula.
No comments:
Post a Comment