Saturday, January 26, 2013

Dewan Ulama PAS, Lim Guan Eng dan Anwar


Pendirian Dewan Ulama PAS selari dengan peringatan Timbalam Mursyidul Am PAS, Haron Din bahawa tindakan merendahkan kalimah ALLAH, digunakan untuk agama lain, boleh menyebabkan jatuh syirik kerana perbuatan itu dianggap kufur.  

Alhamdullilah, akhirnya PAS sedar juga. Walaupun bagi kebanyakkan orang Islam perkara ini memang sudah difahami dan menjadi pengetahuan umum.

Tertempelak juga Nik Aziz dan Hadi Awang terpaksa membuat pusingan U. Walaupun tidak digemari terpaksa akur dan menerima kebenaran ini, kalau tidak mereka mungkin ditinggalkan oleh ahli-ahli parti mereka sendiri.   

Tetapi Anwar Ibrahim tetap dengan kesombongan dan keangkuhannya. Dia seorang yang tidak pernah berasa bersalah membuat kesilapan dan tidak pernah mahu meminta maaf. Dia rela dianggap jatuh syirik dari ditinggalkan DAP.  

Isu-isu yang di perjuangkan Anwar seperti pluralism dan LGBT yang bertopengkan human rights, jauh menyimpang dari agama Islam dan tidak diredhai ALLAH. Akhirnya dialah yang akan rugi sebesar-besar rugi. 

Bibit-bibit kemusnahan PKR sudah semakin nyata kerana tipu helah Anwar semakin terdedah kerana bangkai gajah tak mungkin dapat ditutup dengan nyiru. Jika terus bergantung kepada DAP orang Melayu akan tinggalkan dia kerana DAP adalah parti Cina yang chauvanist. Nak berharap kapada orang Melayu PAS mereka semakin tidak sehaluan kerana ahli-ahli PAS sudah semakin sedar bahawa mereka dan agama Islam telah terlampau diperkuda.

Kini semakin ramai ahli-ahli PAS diperingkat akar umbi yang berani tampil membantah pendirian pemimpin-pemimpin mereka yang bersekongkol dengan Anwar. Titik pertemuan yang mereka harapkan untuk menyatupadukan parti-parti dalam PAKATAN semakin terhakis. 

Perbezaan di antara parti-parti dalam PAKATAN semakin ketara. Harapan untuk saling kukuh mengkukuhkan semakin goyah. Retak sudah lama, kini tunggu belah. Tidak ada apa-apa yang tinggal lagi diantara mereka melainkan curiga-mencurigai dan pertelingkahan.

Anwar dan DAP yang memusuhi Islam merancang untuk memporak perandakan negara Islam ini. Tetapi ALLAH yang Maha Mengatahui akan segala rancangan dan niat jahat mereka tidak mengizinkannya.

Walaubagaimana hebat sekalipun perancangan Anwar dan musuh-musuh Islam untuk merosakan syiar Islam di negara ini, tentu akan gagal kerana ALLAH tidak mengizinkannya.

Kita patut mengucapkan terima kasih kepada Lim Guan Eng kerana membantu
menyedarkan orang-orang Islam PAS betapa agama mereka sudah diperkotak katikkan
oleh DAP dan PKR selama ini.



No comments: