Saturday, January 19, 2013

DAP dan Sikap Pengundi Cina


Pada tinjauan rambang suasana politik yang saya lakukan bersama kawan-kawan di Negeri Sembilan baru-baru ini, rata-rata mengatakan DAP akan dapat mempertahankan kesemua 11 kerusi DUN mereka termasuk kerusi Parlimen Rasah. BN hanya berpeluang untuk menawan semula kerusi Parlimen Seremban. 

MCA dan GERAKAN masih tidak dapat memenangi keyakinan majoriti pengundi Cina. Ini dikatakan bukan kerana BN tidak melayan tuntutan kaum Cina tetapi kerana mereka sudah melihat apa yang boleh mereka lakukan apabila berkuasa.  

Di Pulau Pinang, di Perak walaupun sekejap sahaja dan walaupun MBnya Melayu dan begitu juga di Selangor, yang sebenarnya berkuasa adalah DAP.  PRU kali ini adalah peluang terbaik untuk mereka mendapatkan kuasa kerana orang Melayu dalam keadaan paling lemah dan berpecah. Saya khuatir rata-rata inilah sikap pengundi Cina di bandar, dan memang pun orang Cina majoritinya tinggal di bandar.

Saya juga khuatir kaum Cina merasakan jika keadaan politik kekal status quo, yakni, seperti sekarang ini, mereka tidak akan kerugian apa-apa. Kerajaan kini mendahulukan rakyat, tuntutan kaum Cina akan diberi perhatian dan mereka terus menerima bermacam-macam habuan dan bantuan seperti yang dijanjikan Kerajaan BN yang menepati janji.   

Selain daripada itu, ekonomi negara terus berkembang pesat, walaupun dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak berapa menentu. Pengusaha, pekedai, pemaju, pengilang, pemborong, peruncit semuanya dapat mengaut keuntungan.   

Kestabilan politik dan keselamatan negara juga masih terpelihara, rakyat terus menikmati keamanan dan kemakmuran. Jadi apa perlunya mereka mengubah keadaan ini dan memberi lebih undi kepada BN?       

Pepatah Inggeris ada mengatakan, 'You can't have the cake and eat it as well.' Tetapi dalam keadaan seperti sekarang, kaum Cina 'can have the cake and eat it.'     

Mereka mungkin merasakan apabila BN hanya memperolehi slim majoriti di Parlimen, Kerajaan memberi lebih perhatian kepada kaum mereka. Jadi apa perlunya memberi lebih undi kepada BN?   

Walaubagaimanapun, saya berpendapat pengundi Cina tidak akan mahu BN kalah dalam PRU 13 nanti kerana itu akan mengakibatkan kestabilan politik dan ekonomi negara serta keharmonian kaum menjadi tidak menentu dan ini akan merugikan perniagaan mereka. Tetapi kalau lebih baik untuk mereka jika BN menang dengan simple majoriti, tidak perlulah lagi BN diberi kemenangan dengan majoriti 2/3. 

Sikap pengundi Cina susah hendak dibaca. Yang pasti mereka bersatu hati dalam semua perkara yang melibatkan kepentingan kaum mereka. Yang pasti mereka  pandai menghargai undi. Oleh itu sudah pasti mereka tentu tidak akan mensia-siakan peluang yang terbaik pd PRU13 untuk mencorakkan politik negara bagi membawa untung kepada kaum mereka.     

No comments: