Wednesday, September 10, 2008

Dato' Ahmad Ismail II

Mengapa Akhbar Sin Chew tidak disiasat langsung? Ini menjadi tanda tanya yang besar kepada orang ramai. Akhbar ini memang mempunyai rekod suka membuat laporan-laporan sensasi dan mengapi-apikan perasaan perkauman dikalangan orang Cina. Apa yang disebut oleh Dato' Ahmad Ismail dalam ucapannya di Permatang Pauh adalah benar belaka. Memang asalnya ramai orang Cina datang ke semenanjung tanah Melayu untuk menyelamatkan diri dari malapetaka di negara mereka sendiri. Mengapa pula orang-orang Cina tidak mahu mengakui hakikat sejarah ini? Adakah mereka malu tentang asal usul mereka?
Saya harap pemimpin-pemimpin Melayu mestilah bijak dan berani dalam menangani apa jua isu. Jangan terlalu cepat melatah dan meloncat-loncat menari mengikut gendang yang dipalu mereka. Orang-orang Melayu bukanlah bangsa yang lemah semangat dan pemimpin-pemimpin Melayu jika tidak ingin disanggah oleh orang Melayu sendiri janganlah mudah sangat memohon maaf tanpa usul periksa. Belajarlah dari pengalaman yang sudah-sudah.

No comments: