Tuesday, September 2, 2008

DASAR EKONOMI BARU (DEB) - HAKIKATNYA SEMUA BANGSA TELAH MERASAI NIKMAT PELAKSANAANNYA.

DEB adalah satu dasar yang dilancarkan oleh Kerajaan pada tahun 1970 untuk antara lain membetulkan ketidakseimbangan sosio ekonomi yang wujud di antara kaum, wilayah-wilayah dan negeri-negeri.

Matlamat utama dasar ini diperkenalkan ialah bagi mewujudkan perpaduan dengan mengurangkan jurang perbezaan ekonomi, sosio-budaya dan penempatan.

Selain itu, DEB dilaksanakan untuk menyusun semula masyarakat bagi mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut bidang ekonomi di samping membanteras kemiskinan rakyat tanpa mengambil kira perbezaan kaum.

Walau bagaimanapun, sasaran utama dalam usaha mengurangkan kemiskinan di bawah DEB lebih tertumpu pada orang-orang Melayu kerana mereka merupakan 67% daripada jumlah keseluruhan rakyat Malaysia. Isu berat sebelah yang dibangkitkan oleh kaum-kaum lain adalah kerana sikap mereka yang tidak mahu memeriksa ditambah pula dihasut oleh puak-puak yang chauvanist di kalangan mereka. Termasuklah parti politik seperti DAP.

Kaum India yang hanya berjumlah 7% dan kaum Cina yang berjumlah 25% tetap mendapat pembelaan. Malah Kerajaan turut menyalurkan bantuan yang sewajarnya kepada mereka sehingga dapat meraih keuntungan yang sangat baik seperti yang dapat kita lihat sendiri di semua bandar-bandar di negara yang bertuah ini. Tanpa dorongan, bantuan dan sokongan yang telah disalurkan oleh Kerajaan pada kaum Cina dan India sudah barang tentu majoriti mereka akan masih terus berada di ladang-ladang getah dan berniaga sebagai peruncit kecil-kecilan.

Sebenarnya hari ini kaum Cina dan India telah begitu maju. Gedung, syarikat, kilang, bidang-bidang perbankkan, perniagaan import eksport, semuanya dimiliki oleh mereka. Tetapi mereka tetap menafikan kemewahan yang mereka perolehi di bawah DEB. Seperti orang buta, mereka seolah-olah tidak nampak semua ini dan menuduh bangsa Melayu menafikan hak mereka untuk mengaut kekayaan.

Jika DEB hari ini tidak difahami oleh kaum Cina dan India dan jika mereka terus menafikan segala nikmat yang telah mereka kaut dan mengungkit-ungkit mengenai pelaksanaan dasar ini, kesalahan besar adalah terletak dibahu parti-parti kompenan utama Kerajaan Barisan Nasional iaitu MCA,Gerakan dan MIC. Ini adalah kerana terbukti mereka gagal menyampaikan penerangan mengenai dasar yang memang nyata begitu baik untuk semua rakyat Malaysia pada kaum masing-masing.

No comments: