Friday, September 12, 2008

Melayu Jangan Dangkal Fikiran

Tidak mungkin Pakatan Rakyat yang tidak pun didaftarkan boleh menggantikan parti Barisan Nasional. Orang yang percaya bahawa parti Keadilan mampu memimpin parti DAP atau parti PAS memanglah dangkal pemikirannya.

Anuar bukanlah pemimpin orang-orang Melayu. Dia adalah pemimpin sesiapa sahaja yang menyokongnya.

PAS telah menyatakan bahawa mereka tidak boleh menerima Anuar sebagai Perdana Menteri dan bahawa pemimpin mereka adalah lebih layak. Sesiapa yang percaya Anuar masih lagi seorang tokoh pemimpin Islam dangkal jugalah pemikirannya.

Hanya UMNO boleh menyatupadukan orang Melayu. Jadi janganlah terpedaya dengan helah dan tipu muslihat Anuar. Lihat sahajalah orang-orang kanannya dahulu seperti Saudara Ezam dan Dato' Nalla dan lain-lain, semuanya telah meninggalkannya. Mengapa? Kerana mereka telah mengetahui siapa sebenarnya Anuar ini, iaitu orang yang hanya mementingkan diri sendiri, egoistic, yang memperalatkan sesiapa sahaja di kiri dan kanannya untuk mencapai cita-cita peribadinya.

No comments: