Thursday, November 22, 2012

Tuduhan Murtad oleh Nik Aziz:


Seharusnya kita cuba memahami fikiran yang dimiliki Nik Aziz. Mengapa pada dia hanya Islam ala PAS yang tulen, yang selainnya tidak. Islam ahli-ahli UMNO , terutamanya, bukan Islan pada pengertian Nik Aziz. Sebabnya mudah sahaja. Nik Aziz amat benci pada UMNO. Bila sudah benci, semuanya menjadi tidak elok.
Inilah sebabnya dari dahulu lagi dia telah menuduh UMNO bukan Parti orang Islam, untuk orang Islam ataupun memperjuangkan Syiar Islam.
Nik Aziz membuat tomahan bahawa UMNO menolak Hudud. Lanjutan daripada menolak Hudud itu maka UMNO menolak Islam. Dia tidak ambil pusing bahawa yang ditolak oleh UMNO itu bukan Hukum Hudud tetapi Hudud PAS, Hudud yang cetek, serba serbi kekurangan dan tidak adil serta menyeleweng daripada Hukum Hudud sebenar.
Setelah sekian lama Nik Aziz melemparkan tuduhan bahawa UMNO menolak Hudud dan disebabkan itu menolak Islam, maka tidak hairanlah apabila akhirnya, rentetan daripada dua tuduhan itu, dia memurtadkan UMNO.
Inilah cara Nik Aziz membalas dendam kesumatnya dan kebenciannya terhadap UMNO. Dia menjangka dengan tuduhan begitu, orang Melayu akan menjauhkan diri daripada UMNO. Tetapi jangkaan seperti ini meleset kerana orang  Melayu hari ini tidak lagi menurut segala kata Tok Guru secara membabi buta.
Nik Aziz jugalah, lebih daripada pemimpim-pemimpin PAS yang lain, membantah sebarang usaha mencari jalan kerjasama dengan UMNO walaupun hanya bertujuan setakat untuk memelihara hak-hak orang Melayu dan melindungi kepentingan Syiar Islam.
Bahawa memusuhi sesama Islam bercanggah dengan tuntutan Islam, dia tidak peduli. Lagipun pada dia UMNO telah menolak Hudud, menolak Islam dan murtad.
Kenyataan Nurul Izzah supaya orang Melayu juga sepatutnya tidak dihalang untuk menjadi murtad dianggapnya sebagai perkara kecil sahaja kerana Parti Keadilan adalah kawan. Inilah, secara mudahnya, mengenai cara pemikiran Nik Aziz dan hukum-hukum yang dijatuhkannya ke atas UMNO.
Sebelum dimurtadkan oleh Nik Aziz, UMNO dan penyokong UMNO juga telah dikafirkan, sehingga mengakibatkan berlaku sembahyang dua imam dan lain-lain gejala buruk yang merosakkan masyarakat Islam di merata tempat. Itu pula hasil daripada amanat songsang Haji Hadi Awang. Jadi apa-apapun tohmahan PAS terhadap UMNO tidaklah mengejutkan.
Nik Aziz juga tidak boleh menerima pendapat alim ulama, ilmuan atau cendiakawan Islam jika pendapat itu memihak kepada UMNO. Bila-bila ada pendapat yang berlawanan dengan kepentingan PAS, maka apapun hujah atau dalil atau rujuk yang diberikan akan dikata lemah dan tidak boleh dipakai.
Sebarang pendapat yang tidak menyokong kepentingan PAS akan dicop memihak kepada UMNO, iaitu parti yang menolak Islam. Oleh kerana ia memihak kepada parti yang menolak Islam maka ia tidak boleh diterima. Tidak kiralah jika apa yang diperkatakan itu benar, kerana walaupun benar selagi memihak kepada UMNO ianya menjadi salah. Oleh itu, yang benar pun boleh menjadi tidak benar. Inilah, Nik Aziz.
Disebalik gaya dan cara hidupnya yang serba sederhana yang ditonjolkannya, dia adalah seorang yang sombong dan takabur. Dalam hubungannya dengan UMNO dan orang Islam ahli UMNO, dia beranggapan hanya dirinya sahaja yang benar dan betul, baik dari segi perbuatan mahupun pertuturan dan tidak pernah melakukan sebarang kesalahan.
Tidak kiralah jika seluruh dunia Islam khususnya, mahu mencontohi kejayaan yang dicapai oleh negara ini dan kagum dengan keharmonian, kemanan dan kejayaan berkat kepimpinan negara yang berhemah dan bijaksana dibawah kepimpinan kerajaan barisan BN yang diterajui oleh UMNO. Semuanya tidak bermakna kepada Nik Aziz kerana pada kiraannya selagi pemerintahan negara tidak mengikut rentak tari Islam ala PAS maka negara ini bukanlah sebuah negara Islam.
Kini Hudud PAS seperti hidup segan mati tidak mahu. Asas perjuangan PAS untuk menubuhkan sebuah negara Islam telah terkubur, ditukar kepada Negara Berkebajikan. Slogan “Membangun Bersama Islam” sudah hilang begitu sahaja, dikambus sedalam- dalamnya. 
PAS tidak berani angkat muka tetapi sebaliknya akur kepada tekanan daripada parti-parti lain dalam pakatan yang menolak Islam. Ini dibolehkan kerana mereka adalah rakan. Begitulah Islam PAS. Islam untuk kepentingan politik, boleh dijual beli.
Perkara ini makin nyata pada mata rakyat seluruhnya. Namun, PAS seperti orang yang buta dan pekak, tidak nampak dan tidak tahu, atau sengaja buat- buat begitu.
Pada Muktamar PAS yang terakhir kepimpinannya cuba mengaburi ahlinya walaupun semakin ramai daripada pihak akar umbi yang melahirkan rasa tidak puas hati dengan arah tujuan PAS yang semakin tidak tentu hala dan bercelaru.
Sebenarnya, PAS merupakan puak yang tidak bersyukur, menafikan segala nikmat kurniaan ALLAH S.W.T. Segala kebajikan dan kebaikan yang dilakukan oleh Kerajaan untuk rakyat dipandang sinis dan tidak dihargai.

Saturday, November 17, 2012

Hajat Prayers and PAS


PAS is now realizing, more than ever, that the cracks at their seams is getting worse. They know that they grassroots are becoming disenchanted with PAS's kowtowing policies towards PAKATAN and how they seem impotent in the face of DAP and PKR.

The leadership realize more and more, that fence sitters are turning towards UMNO and BN, and that the rakyat can very easily see that PAS is playing 2nd fiddle to PKR and DAP.

PAS might want to leave PAKATAN, but realize that it's too late to do so now, without facing even worse consequences.

They are in a hole from which they cannot extricate themselves. This election could very well be the straw that breaks PAS. They are worried.

So they resort to the sembahyang hajat. They pray for ALLAH to come to their aid to destroy UMNO/BN by accusing the BN government of being zalim. In this effort, Hadi quoted the Al Quran, saying that ALLAH will lend support in the destruction of government that is zalim to it's people, i.e. the BN.

This hajat prayers is a political gimmick of course, but nevertheless it shows how desperate PAS has become. It might just influence some of PAS's extreme fringe to take matters into their own hands come the General Elections.

This is dangerous desperation,because by using divine support to legitimate their crusade and by accusing UMNO as zalim, PAS is signaling to it's supporters that any means they resort to, to destroy UMNO/BN will be regarded as having ALLAH's sanction and therefore legitimate.

PAS could very well be leading it's supporters and maybe encouraging them, to create incidents that might cause instability in the country now that Anwar's Arab Spring, on the back of BERSIH has just flopped.

PAS's actions and tactics, at the top and on the ground, has always been cause for apprehension. This time around, it has become worrisome.

Sunday, September 23, 2012

Suaram dan subversion?


Kerana Malaysia adalah sebuah negara yang terlalu mengamalkan demokrasi, maka Suaram, pertubuhan yang tidak didaftarkan telah dengan begitu mudah dan bertahun-tahun bergerak serta bertindak secara bebas tanpa apa-apa halangan atau sekatan.

Akhir-akhir ini kita dimaklumkan bahawa pihak polis memantau pertubuhan ini. Tetapi ini mungkin hanya “lip-service” sahaja. Lagipun dalam kes Suaram, setakat memantau sudah tentu sangat tidak memadai. Sepatutnya penyiasatan yang terperinci dari semua aspek perlu dilakukan bagi memastikan Suaram tidak menjadi alat kuasa-kuasa asing yang boleh mengancam keselamatan dan kestabilan negara.

Usaha Suaram selama ini adalah untuk membangkitkan perasaan benci rakyat terhadap kerajaan dan kepimpinannya. Itu sahaja objektif atau tujuannya. Benci akan membuat orang tidak rasional dan jika terlalu membuak-buak akan bertindak dengan ganas terhadap objek yang menjadi kebenciannya.

Kini, akhbar-akhbar utama telah mendedahkan kegiatan Suaram membiaiai NGO-NGO pro-pembangkang dan tidak terkecuali BERSIH bagi menganjurkan demonstrasi-demonstrasi jalanan dengan harapan akan tercetus huru-hara di dalam negara. Pemimpin utama PKR mahu sahaja mengaitkan demonstrasi-demonstrasi haram yang dianjurkan mereka sebagai “Arab Spring”. Bukankan ini jelas menunjukkan ada usaha yang terancang untuk subvert kerajaan sedia ada yang dipilih oleh rakyat melalui peti undi. Perkataan subvert dalam Bahasa Inggeris bermaksud - to overthrow or ruin completely, e.g. a person’s morals, loyalty, arguments, a government. Dalam hal ini tindak tanduk Suaram selama ini bolehlah dikaitkan dengan semua maksud subvert di atas.

Alhamdullillah negara bertuah kita ini masih dilindungi ALLAH S.W.T dan niat jahat musuh-musuh selalu sahaja terbongkar.

Kita seharusnya sentiasa berwaspada kerana mustahil Malaysia, yang diakui oleh negara-negara Islam di seluruh dunia sebagai sebuah negara Islam yang boleh di teladani, tidak dicemburui oleh musuh-musuh Islam, terutamanya Yahudi Zionis. Sudah pasti mereka tidak mahu melihat Malaysia terus maju, aman dan makmur lebih-lebih lagi berupaya pula menjadi sebuah kuasa ekonomi di rantau ini.

ALLAH S.W.T maha mengetahui, mereka merancang ALLAH juga merancang tetapi perancangan ALLAH tiada siapa yang mengetahui, yang pastinya ALLAH akan bersama pihak yang benar.

Sesama orang Islam saya sukalah mengingatkan diri saya dan pembaca akan kata-kata adat ini;

Adat berkerabat ingat mengingat
Adat berkeluarga jaga manjaga
Adat mengingat jangan mengumpat
Adat menjaga jangan melaga
   Adat seperahu satu haluan
   Adat sesampan satu kemudi
   Adat sehaulan satu tujuan
   Adat sekemudi bersatu hati

Sebanarnyalah tidak ada yang lebih besar hikmahnya kepada kita orang Melayu dari berpegang kepada tali ALLAH tali silaturrahim dan bersatu-padu.                                                                                                                                                                               

Thursday, September 20, 2012

Dastardly Nakoula Basseley Nakoula


Dastardly Nakoula Basseley Nakoula and his dastardly produced film Innocence of Islam deserves all the condemnation he gets.

Hillary Clinton in order to negate the clamour for justice by Muslims everywhere invoked the freedom of speech and expression cliché. This so much bandied about, abused, and ridiculous mantra is hoisted each and every time to stifle the voice of oppressed Muslims, and even democracy itself, if it doesn’t suit the U.S Governments flavour.

Now it’s clear that the actors themselves were duped and one of them is suing not only the producer of the film but Google as well for uploading such gutter trash. This particular Nakoula is despicable.    

Does freedom of speech also mean the freedom to shame and ridicule other religions and the beliefs of other peoples?

If that is the case, then it will mean that we are encouraging religious hatred and chauvinism which surely will invite a similar reaction.

Freedom must need to be guided by high moral values. There is no such thing as absolute freedom without the weight of responsibility thrust upon it. This applies just as well, if not particularly, to the freedom of speech and expression. If given carte blanche, without the guidance of knowledge and high moral values the consequences will surely by anarchy.

Wednesday, September 19, 2012

Why Not The Opposition Party.


The BN Government is not perfect. It cannot promise us Shangri-La. But then no government in this temporal world can. The high claims and holier than thou attitude of the West  is now just so much hog wash.
There are those who opine that voters should take the risk and let the opposition form the next government. But this is an incalculable risk and the consequences might be dreadful. 

I ask. Is the opposition and its leadership;

Morally upright
Ethical in its dealings
Promotes unity
Patriotic
Safeguards the dignity of the Nation
Upholds and Defends the Constitution
Practices Democracy
Do not practice nepotism or cronyism
Delivers on promises
Leaders are synonymous with integrity
Moderate
Has the interest of the people first
Proven track record
Responds to the people’s needs
Trustworthy all
Capable
United in cause and action
Has a clear vision
A safe bet?

If the answer is no to all of the above then let us not risk the future and well being of the people and this country by giving the opposition a chance.

Wednesday, December 9, 2009

Agama Saya

Bismillahirahmanirrahim

( Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani )

Kita semua tahu Islam itu datang ke rantau sebelah sini. Ia datang melalui laut, dibawa oleh pedagang-pedagang pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa itu Melaka mempunyai sebuah pelabuhan yang menjadi tumpuan segala jenis peniaga dan pedagang. Melaka merupakan sebuah negara yang besar jajahan takluknya, aman dan makmur.

Negeri Melaka diasaskan oleh Putera Parameswara dari Palembang, yang lari meninggalkan negaranya akibat peperangan ke Temasik. Dia kemudian beserta pengikut-pengikutnya menyusuri pantai barat Semenanjung dan akhirnya mendarat dan membuka Melaka pada 1402. Parameswara dan pengikut-pengikutnya bukan beragama Islam.

Sejak mula diasaskan, memang Melaka mempunyai ciri-ciri yang akan memajukannya sebagai sebuah pelabuhan . Dan kerana kebijaksanaan sultan-sultan yang memerintah, Melaka kemudiannya menjadi sebuah negara pelabuhan yang tersohor, tumpuan pelbagai bangsa dari berbagai-bagai negara.

Sistem kerajaan negeri Melaka pada masa itu ialah sistem feudal. Segala kata raja adalah perintah, segala kehendak raja adalah wajib. Segala kehendak raja akan di turuti. Kerana raja dikatakan berdaulat maka mengingkari kehendak raja akan membawa padah atau akibat yang buruk kepada sesiapa sahaja. Begitulah mutlaknya kuasa raja.

Jadi, tidak hairanlah apabila Parameswara memeluk agama Islam pada 1409 dan menukarkan namanya kepada Sultan Iskandar Syah, semua orang-orang besar Istana, Laksamana dan Panglima serta pengikut-pengikut mereka dan rakyat amnya turut memeluk agama Islam, agama yang dianuti oleh Sultan mereka. Jadi begitulah mulanya Islam di Melaka dan di Semenanjung Tanah Melayu dan ia terus berkembang dan mempengaruhi adat dan budaya orang-orang Melayu sehingga kini.

Allah S.W.T. Maha Agung dan Maha Berkuasa. Dia memberikan iman kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya

Mengaji...

Bismillahirahmanirrahim

( Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani )

Semasa kecil-kecil dahulu saya dan adik-adik saya mengaji Al-Qur’an. Setiap petang pada setiap hari selapas sekolah. Kami mengaji Al-Qur’an daripada seorang ustaz yang terkenal sebagai seorang yang pandai mengaji. Kami diajar supaya tahu mengeja, tahu dimana panjang atau pendeknya, atas atau bawahnya, dimana sabdunya, supaya sebutan kami tepat dan betul. Tetapi pada masa itu, itulah sahaja yang diajar semasa mengaji Al-Qur’an.

Saya dan adik-adik saya dan kawan-kawan lain yang bersama-sama mengaji tidak langsung paham apa yang kami baca. Apa maksud ayat-ayat yang kami baca. Kami membaca ibarat burung tiung yang diajar bertutur dan boleh bertutur tetapi tidak paham langsung apa yang dituturkan. Begitulah kami mengaji hari-hari, daripada jahama (muqaddam) ke Al-Qur’an sehingga ramai daripada kami yang khatam.

Itu semua di sekitar tahun 60-an, semasa saya di peringkat sekolah rendah. Agama Islam tidak diajar di sekolah, kalau diajar pun di sekolah hanya di sebelah petang, selepas habis waktu sekolah bagi murid-murid sekolah pagi. Kehadiran sangat kurang, ustaznya pun kurang berminat untuk mengajar, semuanya ibarat melepaskan batuk di tangga.

Zaman beredar dengan begitu pantas. Kemajuan demi kemajuan telah kita capai. Kitab Al-Qur’an yang dahulunya dibuat hanya dengan tulisan tangan, yang sudah tentunya akan mengambil masa yang lama dan disebabkan itu juga, lazimnya kitabnya, tebal, besar dan berat. Jadi setiap satu kitab Al-Qur’an pada masa itu sangatlah mahal dan berharga. Tidak ramai yang mampu memilikinya.

Hari ini kitab Al-Qur’an mampu dimiliki oleh sesiapa sahaja kerana harganya tidak lagi mahal. Ini adalah kerana Al-Qur’an dicetak dan tidak lagi ditulis dengan tangan.Teknologi pencetakan sudah begitu maju dan boleh mencetak beribu-ribu naskah Al-Qur’an dalam satu hari sahaja. Tetapi lebih daripada itu, hari ini kita boleh mendapatkan naskah yang mempunyai terjemahan dalam berbagai-bagai bahasa termasuklah dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu mahupun Bahasa Cina, India dan lain-lain.

Jadi bertuahlah kita pada hari ini kerana kita boleh mengaji disamping memahami maksud ayat yang kita baca. Kalau kita tidak belajar mengaji pun, kita boleh membaca terjemahaan Al-Qur’an dari surah pertama hingga ke akhir bagi memahami maksudnya. Sebenarnya sia-sia sahajalah sesiapa yang membaca Al-Qur’an tetapi tidak memahami maksudnya kerana sebenarnya Alah S.W.T. menurukan Al-Qur’an untuk menyampaikan firmanNya (risalah) kepada umat manusia.

Pada saya, mustahaknya mengaji Al-Qur’an itu ialah supaya kita memahami apa yang difirmankan oleh Allah S.W.T melalui mukjizat agung kitab Al-Qur’an. Kita mengaji dan belajar Al-Qur’an tidak seperti yang sepatutnya. Kita tidak mengkaji dan menimba ilmunya, “yang lebih luas dari jangkauan akal manusia.’’ Kita tidak mengambil pengajaran daripadanya. Kita tidak mengambil teladan atau iktibar. Hari ini umat Islam ketinggalan kerana Al-Qur’an itu ditinggalkan, tidak dijadikanpanduan utama dalam kehidupan.Ini juga sebabnya mengapa umat Islam di banyak negara-negara Islam berada dalam keadaan kolot, buta huruf, miskin, mengemis, lemah dalam segala bidang dan huru-hara. Mana mungkin kita menjadi khalifah di bumi Allah ini jika begitu keadaanya umat Islam.

Sesungguhnya sangat rugi sesiapa sahaja yang membaca Al-Qur’an tetapi tidak memahami maksudnya, tidak ubah seperti burung tiung yang saya katakan tadi.

Mungkinkah kita masih mementingkan pada melagukan Al-Qur’an daripada memahami maksudnya? Jika begitu kita akan sentiasa berada dalam kerugian.

Dakwah

Bismillahirahmanirrahim

( Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani )

Mengapa Parameswara memeluk agama Islam? Kita hanya boleh membuat beberapa andaian. Tetapi sudah tentulah kerana dia berasa amat tertarik dengan orang-orang Islam yang datang berdagang ke Melaka. Tertarik dengan adab mereka, dengan kejayaan mereka, dengan kemewahan mereka dan juga ilmu mereka. Sudah barang tentu seorang raja seperti Parameswara tidak akan dengan mudah mahu meninggalkan agama yang dianuti oleh datuk neneknya turun temurun jika tidak kerana faktor yang kuat yang membawa keuntungan dan kebaikan kepada dirinya dan negerinya.

Memeluk agama Islam amatlah mudah. Dari dahulu sehingga hari ini, sesiapa sahaja boleh menjadi seorang muslim dengan mengucap dua kalimah syahadah. Tetapi Islam pada zaman kerajaan Melaka amatlah tidak sempurna. Ini mungkin kerana kitab Al-Qur’an hanya dimiliki oleh beberapa orang sahaja dan itupun dikalangan pembesar-pembesar istana. Bahasa Al-Qur’an bukanlah bahasa pertuturan orang Melaka. Oleh kerana itu, mereka bukan sahaja tidak boleh membacanya mereka juga sudah pasti tidak memahaminya.

Berapa ramaikah agaknya pendakwah agama Islam pada masa itu? Berapa ramaikah ustaz yang boleh mengajar mengaji pada masa itu? Sudah tentulah jika adapun, jumlah mereka sangat sedikit bilangannya. Oleh yang demikian orang-orang Melayu yang memeluk agama Islam pada masa itu pastinya jauh dari lengkap Islamnya, tidak mengamalkan Islam dengan sempurna. Amalan dan perbuatan yang bertentangan dengan Islam masih turut dipraktikkan.

Tidak berapa lama dahulu kita ada dengar khabar orang-orang Melayu yang beragama Islam masih melakukan perbuatan khurafat, membayar nazar atau memohon-mohon di kubur-kubur orang alim atau dipercayai wali-wali di Pulau Besar Melaka supaya hajat mereka dimakbulkan.

Alhamdullillah, perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan Islam semakin hari semakin lenyap. Kita semakin memahami agama kita. Kemudahan-kemudahan untuk kita belajar, memahamai dan mendalami Islam ada di mana-mana di negara kita yang bertuah ini. Tetapi kekadang kita terlupa bahawa kita tinggal di sebuah negara yang majmuk penduduknya. Sikap, perbuatan, perlakuan, amalan kita sebagai orang Islam secara tidak langsung adalah juga merupakan dakwah. Apa-apa perlakuan atau adab orang Melayu yang bercanggah dengan Islam dengan mudah boleh disalahertikan oleh lain-lain kaum di negara ini sebagai nilai-nilai Islam. Kesannya sangat negatif kepada dakwah Islamiah.

Sebelum terbinanya lebuhraya PLUS, sesiapa sahaja yang hendak ke utara atau selatan akan menggunakan jalan-jalan persekutuan. Kemudahan untuk menunaikan solat ada di sepanjang jalan. Ini sangatlah baik kerana apabila masuk waktu, mudahlah bagi orang-orang Islam untuk singgah dan menunaikan solat. Tetapi saya perhatikan di hampir semua masjid-masjid ini ada papan-papan tanda besar yang mengingatkan kita supaya “Sembahyanglah anda, sebelum anda disembahyangkan”. Di sesetengah masjid ia berserta dengan gambar jenazah yang sudah dikafankan, dalam keadaan terbaring.

Apakah cara peringatan supaya kita menunaikan solat seperti ini sesuai sedangkan kita tahu bahawa papan tanda itu dilihat bukan sahaja oleh orang Islam tetapi oleh sesiapa sahaja yang lalu dijalan itu. Pada orang Cina contohnya, mati itu adalah kecelakaan. Sebutan ‘si’ atau mati, pun sebolehnya mereka hendak elakkan. Jadi apakah tanggapan mereka pada agama Islam, jika mereka melihat di merata-rata masjid tempat orang Melayu beribadah, seolah-olah mati yang diutamakan?

Begitu juga dengan kumpulan-kumpulan tabligh kita. Memang niat mereka sangat murni. Dan pengorbanan yang mereka lakukan untuk mengembangkan syiar Islam dengan dakwah cara ini, jauh dan dekat, ke segala ceruk dan rantau adalah usaha yang sangat besar pahalanya pada sisi Allah S.W.T. Namun begitu hendaknya mereka janganlah lupa bahawa wajah yang dibawa dan kebersihan diri adalah antara aspek-aspek yang penting yang memudahkan dihampiri ataupun menghampiri orang perseorangan ataupun masyarakat.

Tidaklah ada niat saya untuk memperkecilkan kumpulan-kumpulan tabligh kita, jauh sekali untuk menghina kegiatan mereka. Namun kita tidak boleh menafikan pendapat ataupun tanggapan sebahagian daripada masyarakat bahawa pergerakan tabligh lazimnya tidak berdisiplin, kerap meninggalkan keadaan yang tidak bersih apabila singgah di masjid-masjid atau surau, menyebabkan mereka sinonim dengan amalan yang tidak bersih.

Allah S.W.T Maha Suci dan sangat suka kepada kebersihan. Perkataan tabligh itu sendiri diambil dari salah satu daripada sifat-sifat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud menyampai. Baginda mempunyai peribadi yang sangat bersih lagi suci hatinya.

Tetapi apakah gambaran yang dibawa oleh kumpulan tabligh kita? Adakah ia merupakan cerminan agama Islam sebenarnya? Mereka juga lupa bahawa kita tinggal dalam sebuah negara yang majmuk. Apa pula pandangan masyarakat bukan Islam terhadap kumpulan-kumpulan tabligh ini dan juga terhadap agama Islam yang dibawa oleh kumpulan tabligh.

Jika tanggapan masyarakat bukan Islam tidak diambil kira kerana kumpulan tabligh hanya bergerak dikalangan masyarakat Islam, maka agama yang maha suci ini akan dipandang serong oleh masyarakat bukan Islam. Oleh itu mereka pun akan menjauhkan diri daripada Islam dan ini amat merugikan.

Dalam berdakwah,dalam berusaha mengembangkan syiar Islam kita kerap gopoh. Iaitu kita tidak mengambil iktibar daripada amalan Rasullullah S.A.W ketika baginda menyampaikan risalah Agama Suci ini. Bukan sahaja itu, kita lemah kerana kita sibuk berdakwah dikalangan orang-orang Melayu yang sudahpun beragama Islam.

Pada zaman Nabi Muhammad S.A.W Islam itu disampaikan beransur-ansur seperti juga Al-Qur’an diturunkan beransur-ansur. Tentu ada hikmahnya mengapa ia begitu, cuma kita tidak mahu mengambil iktibar daripadanya. Dewasa ini apabila sahaja seseorang itu mengucap dua kalimah syahadah tidak kira sesiapapun, dia akan terpaksa meninggalkan segala amalan yang telah menjadi cara hidupnya selama ini. Pada kaum kerabat dan masyarakat sekeliling yang bukan Islam melihat pekara ini akan beranggapan Islam itu satu agama yang amat keras dan tidak bertoleransi. Ini terutamanya di kawasan-kawasan pedalam di negeri Sabah dan Sarawak.

Saya berpendapat, mungkin lebih baik kita mengutamakan ‘conversion’ seseorang itu kepada agama Islam daripada mengutamakan amalan dan cara hidup Islam kerana ini boleh di didik dan juga boleh dipelajari secara beransur-ansur. Memanglah pada mulanya seseorang yang memeluk Islam itu tidak akan tahu membaca Al-Qur’an ataupun menunaikan solat tetapi jika pendakwah-pendakwah kita mahu bersabar dan mendampingi mereka dan mengajar dengan hikmah secara beransur-ansur sudah tentu Islam mereka akan bertambah baik. Walaunpun tidak sempurna cara agama Islam yang mereka amalkan, tetapi Islam yang diamalkan oleh anak-anak mereka mungkin lebih baik, yang diamalkan oleh cucu mereka bertambah baik lagi dan InsyaAllah generasi yang seterusnya akan lebih mendalam dan menebal kefahaman mereka terhadap agama Islam.

Berdakwah itu mestilah dilihat pada jangka masa yang panjang. Dan Islam itu mestilah dilihat sebagai agama yang sangat mudah, mengampunkan dosa dan sangat mengasihani.

Tuesday, November 10, 2009

Dari Bagan Pinang ke Bukit Jalil

Dah agak lama saya tidak buat posting dalam blog saya. Dari sehari ke sehari disebabkan ada sahaja perkara ini dan perkara itu, ke sini dan ke situ, sibuk dengan macam-macam, saya tinggalkan sahaja blog saya dahulu.

Banyak peristiwa telah berlaku dalam masa itu, dari pilihan raya kecil di Bagan Pinang hinggalah kalahnya Kelantan dibelasah oleh Negeri Sembilan di Bukit Jalil. Siapa sangka Negeri Sembilan boleh menang. Sebelum itu pun kita dengar dalam rancangan-rancangan ‘phone-in’ di radio-radio tidak ada sesiapa pun yang mengatakan Negeri 9 akan menang. Penyokong-penyokong pasukan Kelantan terlampau yakin. Pasukan bola mereka juga pun mungkin terlampau yakin. Akibat terlampau yakin telah membawa padah. Negeri 9 telah menang 3 berbalas 1. Padan muka orang-orang Kelantan. Ini mungkin satu pengajaran yang baik bagi mereka. Tetapi malangnya jurukamera yang dibaling batu hingga berjahit di kepala dan kerusi-kerusi yang dibakar dan sampah-sarap yang ditinggalkan oleh penyokong-penyokong pasukan Kelantan. Syabas kepada pasukan bola Negeri 9 dan semua penyokong dari Negeri 9. Mereka talah menunjukkan ketertiban dan disiplin yang tinggi. Memanglah patut mereka menjulang Piala Malaysia. Sekali lagi padan muka pasukan dan penyokong Kelantan. Mereka telah mempamirkan permainan dan sikap yang memualkan.

Tetapi akibat dari kekalahan, seluruh negara dapat melihat gelagat penyokong-penyokong dari Kelantan. Sangat memalukan. Jika inilah sikap pemuda-pemuda Kelantan, malanglah masa depan negeri itu. Saya berasa sangat hairan, negeri yang dipimpin oleh Mursyidul Am PAS seorang yang mengakui dirinya tokoh agama dan telah memimpin negeri Kelantan untuk berbelas-belas tahun tidak membawa apa-apa perubahan dari segi sikap masyarakat negeri itu mahupun pembangunan. Ini memalukan bukan sahaja orang Kelantan tetapi juga orang seluruhnya di negara ini disebabkan nama Islam diperdagangkan untuk segala perkara yang dilakukan oleh kerajaan PAS di Kelantan.

Mentaliti umum masyarakat Kelantan boleh kita lihat dan jangka pada setiap kekalahan pasukan bola mereka. Yang jelas ialah mereka tidak dapat mengawal perasaan, mudah hilang pertimbangan, tidak rasional, dan tidak boleh menerima kenyataan. Apakah sebabnya setelah kita merdeka sebegini lama, masyarakat Kelantan masih pada takuk masyarakat yang mundur. Adakah mungkin kerana mereka kerap sahaja disogok oleh pemimpin-pemimpin PAS dengan perbuatan, tindakan dan ceramah-ceramah kehulu-kehilir pada setiap malam oleh pemimpin PAS yang hasilnya mengakibatkan minda yang negatif.

Saya tidak mahu cerita disini sikap taksub penyokong-penyokong parti PAS di PRK Bagan Pinang. Memang mencemarkan kesucian Islam dan memalukan penganut agama yang suci ini. Mereka memaki, mencaci, kemudian bertakbir, bertasbih kemudiannya memaki semula, mencaci semula kemudian berselawat pula. Tidak kira yang tua mahupun yang muda. Tidak kira lelaki mahupun perempuan. Sangat buruk sikap mereka. Menakutkan-nakutkan pengundi, menjerit-menjerit kemudian berdoa pula, dan bertakbir. Sungguh sesat dan menyesatkan. Pada saya mereka tidak langsung menunjukkan peribadi mulia Islam yang sepatutnya ada pada seorang Muslim.

Tetapi kita jangan lupa, ini mungkin disebabkan oleh Nik Aziz sendiri. Penyokong-penyokong PAS tidak dapat membezakan antara parti mereka yang merupakan rekaan manusia dengan Islam, agama dari Allah. Nik Aziz pernah menyatakan,”Haram menentang kerajaan PAS.” Kenyataan ini dibuat oleh Nik Aziz di Gua Musang pada 23 April 1994. Hari ini kita lihat sahaja akibatnya. Ada pepatah ornag putih yang mengatakan ‘You reap what you sow.’ Ataupun maksudnya, kita akan perolehi hasil daripada apa yang kita semai, baik atau buruknya.